Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 29 November 2011

WTF : Remaja Cedera dibelasah tegur wanita buang sampah di Ampang


AMPANG: Angkara menegur seorang wanita supaya tidak membuang sampah merata-rata menyebabkan seorang lelaki cedera dipukul dengan besi oleh dua lelaki termasuk teman lelaki wanita terbabit dalam kejadian di Pandan Perdana, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun menegur perbuatan seorang wanita membuang sampah di kawasan awam.

Teguran mangsa membuatkan teman lelaki wanita terbabit yang berada di tempat kejadian tidak berpuas hati lalu memanggil rakannya untuk membelasah mangsa.

Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 25, teman lelaki wanita itu datang ke rumahnya bersama seorang rakan dengan membawa dua besi panjang.

Katanya, mereka mengetuk dan menendang pintu pagar rumahnya serta mencabar untuk berlawan.

“Saya cuba memberi nasihat, namun berlaku pertengkaran sebelum mereka memukul saya dengan menggunakan besi,” katanya di sini, semalam.

Katanya, lebih malang, dua lelaki itu mencekik lehernya hingga tidak boleh bernafas, namun bersyukur kerana dapat melepaskan diri.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dua lelaki terbabit masih tidak berpuas hati dan mengajaknya bergaduh, namun dia menolak kerana tidak mahu perkara itu diperbesarkan.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Balai Polis Ampang.

5 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

buat pe tunjuk kuat cenggini? kalau btol kuat baik g israil nun, bunuh sumer org israil, de jugak pekdah..

nasigoreng said... Best Blogger Tips

@Anonymous gaya cakap macam semua penduduk Israel tu jahat. yang jahat adalah Zionis. dalam Israel juga ada orang Islam. nak bunuh jugak ke? ada akal guna. jangan sedap cakap jer.

Anonymous said... Best Blogger Tips

@nasigoreng point anonym ngn point ko jauh beze..point anonym k artikel kt atas, yg ko?
mcm ko jek yg xde akal..zzz

Anonymous said... Best Blogger Tips

lepas jadik negara trasit malaysia bkl jdik ngara smpah lak...ye lah tkot tegur org yg buang smpah....silap hb umah kne bako...eee....serammm- hazel menulis

Anonymous said... Best Blogger Tips

Nyamlah tu sepasang kekasih BODOH....x profesional langsung pikiran x matang...mengikutkan perasaan ....ok lah d tegur sekurang2nya jadi org yg disiplin....bukannya tunjuk kuat tapi minta pertolongandgn kwn plk...memang dasar jantan BODOH....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...