Kongsikan Entri Kami

Thursday, 13 October 2011

OMG : Siyani, Kampung Hanya Ada Orang Lelaki di India (8 Photos)

Di Siyani, setiap hari lebih 20 orang lelaki yang membina kuil di kampung ini akan berjalan melalui jalan yang berhabuk untuk berjumpa dengan sekumpulan lelaki untuk makan bersama. Yang bezanya dengan kawasan lain, semua makanan ini dimasak oleh lelaki. Kemudian kesemua lelaki ini akan kembali ke rumah seperti semua pasangan akan buat dan baring serta berkongsi tilam di atas lantai dalam bilik yang kosong. Ini kerana masalah utama di sini adalah ramai lelaki tidak dapat berkahwin kerana ketidakstabilan jantina di India. Menurut statistik setiap 1,000 orang lelaki yang dilahirkan hanya ada 914 orang perempuan. Bayangkan ada 1,000,000 orang lelaki dilahirkan setiap tahun tetapi hanya ada 914,000 orang perempuan dilahirkan dengan beza 86,000 orang. 

Kenapa semua ini berlaku di India?

Seperti juga di China, lelaki disifatkan lebih penting dalam keluarga kerana akan menyambung serta membawa nama keluarga ke generasi akan datang. Lelaki juga disanjung kerana mereka dianggap pencari nafkah. Oleh sebab itu, ramai wanita mengandung akan menggugurkan kandungan sekiranya mendapati kandungan itu adalah perempuan.

Kenapa ramai lelaki di India tidak berkahwin?

Salah satu sebab adalah ketidakseimbangan bilangan jantina. Selain itu, sistem dowri menyebabkan ramai lelaki tidak  berkahwin kerana pihak perempuan tidak mampu untuk menunaikan permintaan begitu banyak. Hujung-hujung wanita tidak berkahwin dan lelaki terus membujang.
Jadi, di Siyani kini lebih dari 350 orang lelaki berusia 35 tahun ke atas tidak berkahwin. Jadi mereka yang tidak berkahwin tinggal bersama dan membuat setiap kerja yang sepatutnya wanita akan lakukan seperti memasak, mencuci pakaian dan menyapu rumah.

 reuters

9 comments:

Ana Farhana said... Best Blogger Tips

kasihan nye mereka.. ><

azri said... Best Blogger Tips

cane nk membiak ni??

Anonymous said... Best Blogger Tips

x ke pupus nnti..
HAHA..

Anonymous said... Best Blogger Tips

eh kalau xsilap aku, dekat india, dowri di bayar oleh pihak perempuan ker lelaki. bkn lelaki yg bayar dekat perempuan..

mcm slh jerk info nie..
=.=

*do correct me if i'm wrong.. -husen-

Anonymous said... Best Blogger Tips

taw xpe... pompuan la yg byr dowri, bukan laki

AdminStressGiler said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... Best Blogger Tips

wahhh!! gay! i loike!

Anonymous said... Best Blogger Tips

mane ade ckp lelaki byr dowry.. dlm tu ckp sbb sistem dowry tu tll tinggi watkan pmpuan tak mampu then wanita trus xnk kawin n lelaki trus membujang..

Anonymous said... Best Blogger Tips

kat belakang yang bawak tong ats kepale tu bukan pempuan ke??

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...