Kongsikan Entri Kami

Saturday, 10 September 2011

WTF : Suami Pukul Isteri Di Khalayak Ramai Akibat Shopping Terlalu Lama



KUANTAN: Akibat gagal menahan sabar selepas lebih tiga jam menunggu isteri membeli-belah, seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup memukul wanita itu di depan orang ramai dengan sebuah beg tangan di sebuah pasar raya di Jalan Gambang, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, wanita berusia 50 tahun dan tinggal di sebuah taman perumahan berhampiran pasar raya berkenaan, lebam di beberapa bahagian badan dan muka sebelum mendapat rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Gambang.

Sebelum kejadian, pasangan terbabit dikatakan masuk ke sebuah pasar raya untuk membeli barangan keperluan sebelum si suami dikatakan penat dan berehat di luar pasar raya itu.

Selepas kira-kira tiga jam menunggu, si suami yang berusia hampir 20 tahun lebih muda daripada isterinya itu mula bengang dan berang apabila mendapati wanita berkenaan tidak muncul dalam waktu yang sudah dijanjikan sebelum itu.

Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, isteri lelaki berkenaan keluar dari pasar raya itu sambil menjinjing beberapa beg plastik mengandungi barangan dibeli.

Tanpa mempedulikan isterinya yang ketika itu menjinjing banyak barang di tangan, lelaki berkenaan terus menengkingnya sehingga menarik perhatian pengunjung lain yang berada berhampiran.

Lelaki itu yang tidak menghiraukan perhatian pengunjung lain terus merampas beg tangan isterinya sebelum memukul beberapa kali di badan selain melibas beg berkenaan ke muka isterinya.

Wanita terbabit yang terkejut dengan tindakan luar batasan si suami kemudian terus melarikan diri masuk ke dalam kereta kerana malu kejadian itu disaksikan pengunjung lain.


Susulan kejadian itu, wanita terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, kira-kira jam 10 malam kelmarin. Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, pergaduhan itu hanya berpunca daripada lelaki berkenaan tidak puas hati dengan sikap mangsa kerana gemar mengambil masa lama untuk membeli-belah.

Bagaimanapun, katanya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.


p/s : Tula..sape suruh kawen dengan laki muda.. kan dah dapat yang panas baran.. Dayus btol..  


Sumber: Woot

 

8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

ada sesetgah lelaki mmg x suka menunggu..paling x suke klu lelaki x lah nak sabar...

Ohihihohohi said... Best Blogger Tips

dah stress, tunggu bini shopping lama, pegi la akustressgiler.blogspot.com

tue pun tarak tau ka?

Besarnya Payudara Baby Ni!

[Video]Beginilah jadinya bila lelaki terlalu percayakan wanita yang seksi dan cantik

[Video]Cara Transform Jaket Jadi Baby Carrier

Anonymous said... Best Blogger Tips

sape2 pon x sabar n naik angin kalau dah shopping berjam2 lamanya.. secara logiknye, mmg suami tu berhak utk marah n boleh pukul dia. kes suami isteri beb..

Kyosuke Takumi said... Best Blogger Tips

sng citer, menunggu sgt menyekserkan haha

Anonymous said... Best Blogger Tips

klu xnk tgu tlg r bini shopping...dayus tahap cipan

Anonymous said... Best Blogger Tips

alamak..awek aku pun tua dari aku 10tahun..tapi xde la sampai aku nak pukul mcm tu..plg teruk pun marah je la..kan kan

Anonymous said... Best Blogger Tips

macam macam. -,-
so, len kali jangan cari suami panas baran.
haha

Anonymous said... Best Blogger Tips

wowwww...dasat nyer.. seb bek bf aku jenis yg penyabar.. hehe :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...