Kongsikan Entri Kami

Thursday, 16 June 2011

Bapa Acu Pistol Marah Cikgu Denda Anak!!

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di ibu negara berusia 31 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kepalanya diacukan sepucuk pistol oleh seorang lelaki dipercayai bapa muridnya, kelmarin.

Difahamkan, bapa berusia lewat 30-an itu dikatakan berang apabila guru terbabit mengetuk kepala anak perempuannya berusia 11 tahun dengan pembaris selepas gagal menjawab soalan ketika sesi pembelajaran, Isnin lalu.
Malah, lelaki sama dikatakan pernah menyerang seorang guru lain bersenjatakan pump gun tiga bulan lalu akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar itu sebelum kes itu diselesaikan pentadbiran sekolah berkenaan.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 pagi semalam, suspek yang ‘naik hantu’ menceroboh sekolah berkenaan sebelum menyerang guru terbabit yang sedang bersarapan di kantin.

Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, suspek terus menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan. 

Sumber: Metro


p/s : Bahaya betul tugas seorang guru sekarang.. ish3...


8 comments:

Honey Bhulat said... Best Blogger Tips

yg cikg pon p ketuk kepala budak pakai pembaris wat pa...takut la nak jadik cikgu mcm ni =]

BurN kITTys said... Best Blogger Tips

http://abuburn1985.blogspot.com/2011/06/bapa-acu-pistol-marah-cikgu-denda-anak.html

Unknown said... Best Blogger Tips

Adeh,,,tu ah....sapa suruh pukul2 student...kalau student tuh pandai...dia takkan pergi sekolah lah...Adik aku pun pernah kenak gituew...Tabah jak lah...

minoari89 said... Best Blogger Tips

ketuk la nak bg pham...bru ing apa yg diajar..

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku dapat rasakan anak dia takkan jadi manusia berjaya..
kerana sikap bapak dia..:)

Anonymous said... Best Blogger Tips

babi aper ketuk pale? pdn mke cikgu..egt pale ley wt men ke?

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalau aku pun naik berang gak kalu anak aku kena ketuk. nak ajar tu biar la betul. nak main ketuk2 tu ajar pun macam x iklas jer. bukan budak tu minta dia jadi bodo pun. makin ketuk makin bodo la.

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalau rasa korang boleh ajar anak korang sendiri silakan..setiap cikgu ada cara sendiri nk ajar anak murid dia,dia lebih kenal anak kita kat sekolah..kat rumah perangai anak kita kadang-kadang tak sama di sekolah..biar cikgu ketuk kepala anak kita daripada suatu hari nanti anak kita ketuk kepala kita sendiri..laporan kat media banyak yang telah dimanipulasikan coz nk sedapkan cerita,xde cikgu nak ketuk sesuka hati anak-anak murid yang bermasalah ni..xkepada anon-anon yang menyalahkan cikgu,ingatlah sape yang ajar korang membaca,menulis dalam blog ni???cikgukan..kalau ade cikgu-cikgu korang yang mengenali korang,ape perasaan dia?kalau dia tak halalkan ilmu dia macam mana?biasanya..anak-anak orang seperti anon-anon yang anti cikgu tu x akan jadi orang punye percayalah serupala dengan anon-anon tu sendiri jugakla,kat sekolah dulu banyak masalah disiplin,cikgu pun benci,kesian..doa cikgu mustajab so jgn main-main atau nk bagi komen bukan-bukan kalau x tahu cerita hujung pangkal..ape-ape pun hormatilah cikgu,kerana merekalah aku jadi jutawan..terima kasih cikgu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...