Kongsikan Entri Kami

Saturday, 9 April 2011

OMG!!! Hacker Nenek 75 Tahun putuskan internet 2 negara!!!

Georgia – Peristiwa unik terjadi di Georgia. Seorang rakyat Armenia, Hayastan Shakaryan iaitu seorang nenek berusia 75 tahun dikatakan bertanggungjawab memutus sambungan internet di Georgia dan negara jirannya, Armenia, sehingga ramai netter tidak boleh melayari internet.

Kementerian Dalam Negeri Georgia menyatakan wanita pencen itu pada mulanya menggali tanah untuk mencari besi atau benda yang boleh dijual.Semasa penggalian tersebut Wanita itu menjumpai kabel fiber optik yang membawa sambungan internet di Georgia dan Armenia.

Tidak tahu apa kegunaannya, nenek ini memotong dan merosakkan kabel tersebut. Maka terputuslah sambungan internet di sebahagian wilayah dua negara. Ribuan pengguna internet tak dapat mengakses internet selama beberapa jam.

“Dia menjumpai kabel itu semasa sedang mengumpulkan logam dan memotongnya dengan tujuan untuk mencuri,” kata Zura Gvenetadze, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Georgia, laporan AFP.
Nenek itu kini telah ditangkap dan boleh dijatuhkan hukuman sehingga 3 tahun penjara dengan dakwaan merosakkan harta.

Georgian Railway Telecom, menyatakan bahawa kerosakan kabel tersebut membuatkan 90% pengguna internet biasa dan korporat di Armenia kehilangan akses selama 12 jam. Demikian juga penyedia layanan internet di Georgia jadi terganggu.

“Saya tak faham bagaimana nenek ini boleh menemui dan merosakkan kabel. Kabel itu terlindung dan insiden seperti jarang berlaku” ujar Giorgio Ionatamishvili dari Georgian Railway Telecom.

credit : isu

2 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... Best Blogger Tips

hahaha..hacker la sangat..! XD

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...