Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 22 March 2011

7 Hotel Paling Unik dan Stress Di Dunia

1 - Magic Mountain Hotel, Chile

Hotel yang stress ni terletak kat hutan simpan Huilo Huilo di Chile. Ape yang uniknye, terdapat waterfall kat atas bumbung hotel ni. Kalo korang nak relaks2 sedut udara segar sambil mandi air terjun, hotel ni amatlah sesuai untuk korang dan korang hanya perlu bayar $120 hingga $160 satu malam. Stress bukan?


2 - Jules Undersea Lodge, Key Largo: Florida


Hotel yang super cool terletak under the sea dekat Florida dan tempat yang stress best untuk honeymoon.  Korang dapat scuba diving while staying at this hotel.. COoool!! Brape room rate?? $375 per night sahaja!

3 - Controversy Tram Hotel, Hoogwoud, the Netherlands




Name hotel ni pun dah memang sesuai dgn appearance die. Hotel ni asalnye adalah city trams dan gerabak-gerabak lame yang telah di convert kepada 5 buah bilik dengan tema yang berbeza. Harga untuk bermalam di hotel ni agak reasonable kira-kira 60 Euros satu malam. hehehe.. Stress jugak beb... convert ke duit ringgit kompem mahal gila babas..


4 - Jumbo Hostel Hotel , Stockholm, Sweden



Haa.. yang ni best.. Hotel kapal terbang.. Stylo siot..  Hotel yang stress unik ni dibuka pada Disember 2008. Hotel ini asalnya adalah sebuah Boeing 747 yang telah di'maximize'kan space nya ke 353 square meters dan mempunyai 25 bilik kecil dan dapat memuatkan 72 orang dalam satu masa. Harga untuk dorm beds adalah $44-$55 per night. ape lagi.. jom kita try!


5 - Cappadocia Cave Hotel, Turkey



Ini adalah hotel di dalam gua yang terdapat kat Urgup Hill, Cappadocia, Turki.  Hotel yang super stress ini menyediakan extraordinary dan exotic atmosphere kepada para pengunjungnya. Tingkat 2 mempunyai private terrace yang diukir pada dinding bukit. Memang stress!! Rate yang dioffer adalah around $85 per night.


6 - Dog Bark Park Inn, Cottonwood, Idaho



Memang unik dan sangat aneh.. Hotel berbentuk anjing ini bukanlah hotel untuk anjing. Korang jangan salah paham pulak.  Hotel yang terletak kat Idaho ini direka mengikut bentuk seekor Beagle dan membuatkan hotel ini menjadi famous landmark kat Idaho. Bukan sahaja luaran, tapi di dalam bilik tido pun ada contents yang berbentuk anjing. Ape lagi, sape2 yang rasa nak stay dalam perut anjing, bolehlah cube hotel yang stress ni. Harga semalaman cuma $92 jer...


7 - Capsule Hotel, The Hague, the Netherlands


Hotel kapsul ala-ala dalam komik DragonBall ni  memang sangat stress dan hanya terdapat kat The Hague, Belanda. Kapsul oren yang dijadikan hotel ni asalnya adalah sebuah survival pod untuk orang2 yang kerja kat oil rig platform kat tengah laut. Stress shoot! kalo korang nak cube tinggal kapsul aneh ni, bolehla bayar dalam $100-$250 per night!! mahal nak mampos.. Bagus gi tido kat 5 star hotel.. STRESS!


Credits to admin



1 comments:

Yana said... Best Blogger Tips

jules undersea lodge..:)))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...