Wednesday, 29 February 2012

Entri Khas : Honda Insight 2012 Terbaru - Lebih Futuristik, Lebih Jimat (15 Gambar)

New Look - Honda Insight 2012
Bagi yang belum tahu, sebelum ni Admin pernah post mengenai Honda Insight ni. (Bagi yang belum, sila baca disini - Pengalaman Memandu Honda Insight) Masa tu, admin telah dijemput untuk test drive dan review Honda Insight ni. Tapi kali ni, admin nak share berita terbaru mengenai Honda Insight 2012. Yes, memang betul.. Syarikat Honda telah upgrade Honda Insight yang lama kepada design yang lebih Futuristik dan Lebih Penjimatan Minyak!! 

Korang nampak tak beza design Honda Insight 2012 dengan yang versi lama? Jom tengok gambar Honda Insight yang sebelum ni (Yang admin test drive). 

Honda Insight 2011
 Lagi Gambar Perbandingan Honda Insight 2012 Baru dan Lama


Grill Depan Baru Yang Stylish
Versi Yang Tiada Fog Lamp

Design 2011 (lama)

Bentuk Yang Aerodinamik
Ada lampu biru bawah grill..


Lebih Penjimatan Minyak

Honda Insight 2012 ni lebih menjimatkan minyak daripada model sebelumnya. Model sebelum ni pun dah jimat giler kot. Tapi, yang model baru ni menambahkan lagi fuel efficiency dan kurangkan fuel consumption kereta. Memang awesome.


Ciri-ciri Honda Insight 2012 [Lebih Penjimatan minyak]


Bentuk dan Enjin
  1. Sebenarnya, Honda bukan suka-suka je nak kuarkan model terbaru ni semata-mata nak tuka design. Tapi, design terbaru ni membuatkan kereta Honda Insight ni lebih power, jimat, dan lebih GREEN.  
  2. Perubahan bentuk yang lebih aerodinamik dan perubahan pada enjin membuatkan penjimatan minyak lebih tinggi.
  3. Bumper depan baru telah di redesigned dengan tambahan "diffuser" untuk smooth arirflow ke dalam enjin. Perubahan ni telah mengurangkan "drag coefficient" sebanyak 2% yang meningkatkan penjimatan minyak ketika di highway. 
  4. Enjin baru yang mengurangkan geseran dan meningkatkan CVT (continuosly variable transmission) efficiancy!!
  5. Enjin telah di modify dan diletakkan "power-saving fuel pump" untuk mengurangkan penggunaan minyak. 

Lebih Smooth dan Senyap

Honda Insight 2012 ni lebih smooth, selesa dan senyap.  Bahan penebat bunyi telah dipasang pada model ini yang untuk keupayaan NVH (noise, vibration dan harshness) yang lebih baik.

Bahagian Dalam (Interior)


Berbeza dengan model sebelum ni, kerusi Honda Insight 2012 telah dilengkapkan dengan fabrik baru yang lebih cantik dan selesa. Keluasan bahagian penumpang belakang telah ditambah . Selain dari tu, ruang kepala juga bertambah 15mm dengan perubahan bumbung kereta. 



Selain dari itu, Honda juga telah menukar wiper yang baru kerana mendapat feedback yang wiper sebelum ini besar dan agak menggangu penglihatan terutama pada cermin belakang. Atas keperihatinan Honda, Model baru ini telah dilengkapi dengan wiper baru yang lebih nipis.

Keselamatan @ Safety Features
  1. Mendapat 6 bintang rating keselamatan untuk pemandu dan 5 bintang untuk penumpang dari JNCAP (Japan New Car Assessment Program)
  2. Hill Start Assist 
  3. Dual SRS Airbags
  4. Vehicle Stability Assist (VSA)
  5. Advanced Compatibility Engineering Body (ACE)
  6.  Active Head Rest
  7.  ISO Fix
  8. Anti-Lock Braking Systems (ABS)
  9. Electronic Brake Force Distribution (EBD)
  10. Brake Assist (BA). 
Warna Pilihan

Terdapat 4 warna pilihan iaitu Super Platinum Aqua Metallic, Premium White Pearl, Crystal Black Pearl and Alabaster Silver Metallic.


Harga 
Harga atas jalan RM99,800, dilengkapi warranty 5 tahun @ 140,000km untuk bateri (warranty paling lama di Malaysia)

Kalau korang berminat, boleh pergi tengok kereta ni dekat showrooms Honda terdekat. Nak tau lebih info, call sahaja di 1-800-88-2020 atau layari laman web Honda di www.honda.com.my.

Blue Reflector kat bawah Grill baru ni memang stylo !!

Nak tau lebih lanjut? Boleh.. Kat bawah ni ada InfoGraphic pasal Honda Insight 2012 ni. Memang complete la info dalam tu. Korang boleh tengok n baca sendiri yer.Klik untuk besarkan gambar.




p/s : Apa tunggu lagi, pergi order sekarang.. Jimat minyak tu penting..





4 comments:

  1. 1st lagi nokharom

    ReplyDelete
  2. ppeerrgghh..cntik giler..bila la nk bole bwk keta nie mcm admin..hehe

    ReplyDelete
  3. fuuhhhhh...nasib baik aku x bli lagi insight hri tu...kalo x..kempunan laaa...tggu yg ni..yah

    ReplyDelete
  4. 2nd.. woot wooot!!!

    ReplyDelete