Seram : Kejadian Misteri Ketika Penggambaran Filem Bunohan (5 Gambar)
Filem ‘Bunohan‘ akan mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air pada 8 Mac 2012. ‘Bunohan‘ menjadi sebuah filem yang dinantikan oleh ramai penggiat dan
peminat sinema seluruh negara. Filem yang dibarisi oleh para pelakon
hebat seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Bront Palarae, Amerul
Affendi, Nam Ron dan Husairi Hussien ini diarahkan oleh Dain Said yang
juga merupakan pengarah filem kontroversi ‘Dukun’ suatu ketika dulu.
Seperti filem ‘Dukun’ yang tidak lekang dengan kisah-kisah misteri, filem ‘Bunohan’
ini juga menyimpan beberapa kisah mistik di sepanjang
pembikinannya. Perkara ini diakui dan dikongsi oleh dua pelakonnya
Zahiril Adzim dan Amerul Affendi pada satu pertemuan. Ternyata banyak
cerita mistiknya melanda penggambaran filem kedua arahan Dain Said ini.
“Filem ini paling mencabar di sepanjang karier saya sebagai seorang
pelakon. Sebab saya terpaksa berhadapan dengan banyak set penggambaran
yang mempunyai seribu kisah mistik. Sangat menakutkan, tapi saya anggap
ini sebuah cabaran,” ujar Zahiril Adzim, sebaik ditanya tentang
pengalamannya.
Amerul Affendi ketika menceritakan
sebuah kejadian di salah satu lokasi berhampiran tasik hijau di Setiu,
kelihatan agak resah apabila cuba mengimbas kembali detik penggambaran
yang dilaluinya.
“Tasik tu memang banyak mistik. Masa
tiga orang krew membina pondok untuk tujuan shooting scene saya, Zahiril
dan Nam Ron, ada budak kecil yang datang entah dari mana dan berbual
dengan mereka tentang hal-hal ghaib di kawasan tu.
Katanya, dah banyak orang yang mati dekat situ. Kemudian bila hampir
Maghrib,budak tu masuk ke dalam tasik dan hilang,” cerita Amerul dengan
penuh berhati-hati.
“Tapi yang paling cemas, masa hari
shooting. Masa tu seorang sahabat saya yang juga bertugas sebagai
koreografer bagi aksi Lawi Ayam, nampak banyak makhluk ghaib
mengelilingi penjaga konti dan ingin membawanya ke dalam tasik. Setelah
berbincang secara ghaib, rupanya masa tu penjaga konti tu dalam keadaan
tidak suci. Pada hal, dari awal sudah dimaklumkan oleh sahabat saya
syarat-syarat dari ‘penjaga’ tempat tu untuk shooting di situ. Masa tu
semua orang rasa lain macam, suasana pun jadi seram sangat-sangat.
Tambah pula masa dah hampir Maghrib. Tapi alhamdulillah, setelah sahabat
saya terus berbincang dengan makhluk di situ, semua kembali aman dan
kami beredar tanpa hal yang buruk berlaku.” sambung Amerul lagi.
Zahiril yang hanya banyak berdiam diri
dalam pertemuan itu, kemudiannya menceritakan hal yang berlaku pada hari
yang lain di set yang sama, di mana seorang dari krew yang terlibat
telah muntah darah sebaik pulang dari lokasi.
“Kecoh juga tempat penginapan kami senja
tu. Sampai production terpaksa minta Amerul telefon sahabat yang tahu
tentang hal ghaib tu untuk datang. Kebetulan masa tu, sahabat kami tu
baru pulang ke KL malam sebelum kejadian. Jadi dia terpaksa datang balik
ke Terengganu untuk selesaikan masalah tu. Rupanya krew tu ada
mengambil satu cawan purba di kawasan tasik semasa penggambaran,” cerita
Zahiril.
Apabila ditanya mengenai
kejadian-kejadian mistik lain yang berlaku di sepanjang proses
penggambaran filem ini, kedua-dua pelakon berbakat ini mempunyai satu
jawapan yang sama, “Banyak”. Filem ‘Bunohan’ sebelum ini telah menerima
pelbagai pengiktirafan di luar negara. Tayangan perdana antarabangsa
ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September
2011 dan Anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horse pada
bulan Oktober 2011. Ia juga telah ditayangkan di Festival Filem
Antarabangsa Palm Springs dan tayangan perdana Eropah di Festival Filem
Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang berprestij pada Januari 2012.
Universal Pictures bertindak sebagai
pengedar filem Bunohan di peringkat antarabangsa. Pada 8 Mac 2012 ini,
penantian penggemar filem tempatan terhadap kemunculan filem ini di
layar perak akan tercapai.
p/s :Memang gempak la filem ni. Tapi kejadian misteri tu memang agak seram la. Yela, nama filem pun Bunohan. Hehe
citer gay ke ni??
ReplyDeleteGAAAAYYYY....!!!!!!!!
first ..
ReplyDeletesokonglah filem tempatan.
ReplyDeleteTERBAIKK ^^
ReplyDeletesignboard kampung bunohan tu macam signboard nama tempat kt ganu...
ReplyDeletekampung bunohan ni kat tumpat kelantan......
ReplyDeleteapa maksud bunohan tu... nama tempat ke?
ReplyDeletecam ONGBAK pon de baq ang..
ReplyDeletecakap 1st la wehh... kanapa korang x hargai kedudukan yang telah dianugerahkan kan tu... achoolaaa!!!
ReplyDeleteBUTOHAN !!
ReplyDeletebunohan . tanah jahat malaysia . tempat bermulanya permainan puteri . =_= ........
ReplyDeletenama tempat di kelantan.. bunohan
ReplyDeletesempadan narathiwat ....
ReplyDelete@Anonymouskau ni vila ehh!itu nama tempat bukannya
ReplyDeletenama untuk gay