[Cool] Beli-Belah Di Kedai Runcit Maya!!

 
Teknologi sekarang memang makin advanced. Korang tengok la sendiri even now korang boleh beli barang dekat Virtual Grocery Store yang disediakan oleh Tesco Homeplus.. Virtual store yang pertama telah dibina di subway dekat Korea Selatan. Orang ramai dapat mengorder barang secara online menggunakan telefon bimbit dengan memilih barang dan scan barcode yang terdapat kat virtual store tersebut. Canggih gler... yang lagi best, barang yang korang scan dan beli secara online tu akan trus dihantar ke rumah.. Cool~~






Bila plak Tecso Malaysia nak buat macam nih?? 

Sumber: Toxel

Info : Siaran Langsung Perhimpunan BERSIH 2.0 di Stadium Negara [Updated]


Seperti kita semua tahu yang BERSIH 2.0 akan diadakan pada hari ini. Mari kita tengok siaran langsung dari Malaysiakini tentang perkembangan BerSIH 2.0 ini sejak pagi ini. Katanya BERSIH akan masuk dalam international TV?? Entahlah, tak perlu heboh la sangat . hehe takut pelancong nak datang nanti.

Korang boleh juga tengok Live Online chat dari bharian

Ingat jauhkan diri dari memakai baju KUNING kalo hanya kuar berjalan-jalan. Jgn2 korang pula kena tangkap eh..
 
LAPORAN LANGSUNG:

10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama. 

10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya. 

10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan. 

10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya. 

10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.

10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki. 

Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.

10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.

10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sekitar sini. 

9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007. 

9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan. 

9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya. 

9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.

Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0. 

Mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis. 

Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap. 

9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup. 

9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu. 

9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya. 

9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL. 

9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag ke4punyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan. 

9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.

8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati. 

8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am:
Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am:
Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.

7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.

Stress : [Video] Penyokong Besbol meninggal depan anak selepas cuba menangkap bola HOME RUN!

Stone seorang senior boma yang telah bertugas untuk 17 tahun dari Texas terjatuh dari tempat penyokong apabila dia cuba menangkap bola HOME RUN yang dipukul oleh pemain. Dia terjatuh setinggi 20 kaki dari tempat duduknya ke bawah dan meninggal depan mata anaknya sendiri. Ini adalah kes kedua musim ini dlam MLB dan kedua-duanya melibatkan kes jatuh selepas HOME RUN. Rasanya satu hari nanti patut buat pagar je..


Anda mungkin juga minat ENTRI hot minggu ini :

Friday, 8 July 2011

LAwak : [Video] Handphone Pemain berbunyi semasa perlawanan TENIS dgn pemain No. 1 dunia


Tenis merupakan satu sukan yang memerlukan semua orang penontonnya diam semasa permainan berlangsung. Memang salute la semua yang respect ni..Tapi dalam perlawanan ini Alice Cornet yang tengah menentang Pemain no. 1 Dunia Wozniacki yang berada di mata akhir terganggu selepas telefon bimbit Cornet berbunyi. Ini adalah pertama kali berlaku di persada antarabangsa. 




Anda mungkin juga minat ENTRI hot minggu ini :

5 Tip Blogging Terbaik (Trafik)

Salam dari akustressgiler, selama ini tak pernah ikut contest blog pun, apatah lagi blog akustressgiler ini baru nak masuk 4 bulan. Jadi, ini first contest dan kami cuba yang terbaik la dalam contest ini. Ini adalah untuk KONTEST SEO yang dianjurkan oleh 2dayblogger. Kami memilih keyword ‘Tip Blogging Terbaik’.
Kami bukan nak kata kami ini bagus sangat dalam blogging pun tapi ini adalah antara benda yang kami lakukan setiap hari untuk meningkatkan trafik kami.

1. Tajuk ENTRI yang menarik serta boleh membuat pembaca tertarik secara tak langsung bila membacanya dan juga membuat pembaca tertanya-tanya mengenai isi kandungannya.  Contohnya : Tajuk mana lebih menarik perhatian?

a.      Perempuan ini berusia 30 Tahun
b.      Percaya tak perempuan ini berusia 30 tahun?

Mestilah B kan? Sebab kita sebagai pembaca mesti nak tau kenapa blogger     ini Tanya kita yang kita ini percaya ke tak. Daripada yang A hanya satu statement yang agak lame.
Selain itu, adalah baik sekiranya setiap entri yang mempunyai video atau gambar dinyatakan pada awalan atau hujung tajuk. Contohnya :

a.      Berapa kali anda TENUNG kat MATA perempuan ini? (15 Photos)
b.      Perkara yang MAHASISWA/I biasa lakukan di UNIVERSITI (20 Photos)
c.      [Video] Manager KFC Ambil Sisa Ayam Dari Tong Sampah Untuk   
         Pelanggan
Ini serba sedikit boleh menarik perhatian pembaca kerana seperti mana kita tahu ‘Picture tells thousand words” Segalanya gambar boleh tolong terangkan.
    2. Masa terbaik untuk postkan entri baru setiap hari sekiranya ingin trafik tinggi atau pembaca yang ramai adalah pada 12 tengah malam, 12 tengah hari, 3 petang dan 9 malam. Ini mengikut apa yang tercatat pada blog kami. Tetapi yang paling ramai adalah pada jam 12 tengah malam. Entahlah ramai lagi blogger Malaysia yang berjaga malam. KAdang-kadang  dalam 1 jam boleh mencecah 1,200 orang pembaca. Ini buktinya.: 8 Julai 2011


Jadi rajin-rajin la berjaga malam ye.. Sebelum jam 12 tgh mlm tu korang sedia dulu semua entri korang nak post bila mencecah jam 12. Jadi lepas tu korang masukkan ke dalam “New Post” je dan publish terus..Senang kan? Masa lain itu, seperti jam 12 tgh hari dan 3 petang itu selalu ramai juga sebab orang tengah lunch break dan maybe ada yang tengah relaks waktu kerja. Jam 9 malam pula masa orang semua dah balik rumah dan lepas menjamu selalu jadi lepak depan komputer la mencari cerita menarik yang stress.

3. 3. Sertai laman web yang boleh PING Entri anda supaya semua orang boleh lihat entri anda timbul di laman web tersebut. Antara lama web yang orang biasa gunakan untuk PING Entri termasuk blogger femes Ben A. Adalah GENGBlogger. Di sini kalo entri korang menarik korang boleh masuk dalam list top 10 untuk 24 jam di mana post korang akan timbul di laman web setiap kali ada orang melawat laman ini. Langkah dia senang je, korang post entri baru, lepas itu masuk ke gengblogger/rumah dan korang akan dibawa ke satu page di mana perlu pilih kategori entri korang. Lepas itu tekan je butang PING!. 
    
   Antara page lain yang agak femes juga dalam benda PING Entri ini adalah Apesal.com dan GengCyber. Sebenarnya ada banyak lagi tapi kami dari akustressgiler jarang aktif dalam semua ini hanya di Gengblogger je. Untuk pengguna Nuffnang mesti korang tahu ada juga satu laman untuk ping Entri iaitu INNIT. Prosesnya dan hasilnya semuanya sama je..:-)) Cuba la ye..

4. 4. Blogwalking atau ‘Jalan Blog’ ini sangat femes di kalangan bloggers Malaysia. Dulu mula untuk dua minggu memang rajin untuk blogwalking mencari maklumat dan juga mencari tips blogging, sekarang agak kurang dah. Blogwalking ini banyak kebaikkannya walaupun kadang-kadang blogger ingat kita ini SPAM. Dengan blogwalking, korang boleh tinggalkan link korang di shoutbox blogger lain untuk mereka menjejak kaki ke blog korang. 
   Jadi bertambah la sikit orang membaca. Selain itu, blogwalking juga boleh meningkatkan Followers korang itu. Followers ini bagus juga la sebab ada kalanya yang pasang widgets entri akan timbulkan post kita orang di page mereka. JAdi tingkatkan trafik lagi. Selain itu, dengan blogwalking kita boleh berkenalan dengan ramai blogger di luar sana dan boleh minta tips untuk tingkatkan blog kita.

   5. Tinggalkan link di komen-komen / Backlink adalah satu lagi cara untuk menarik pembaca pergi ke blog korang terutamanya blog yang baru nak naik sebab bukan senang kita nak suruh orang datang blog kita yang masih ‘bayi’. JAdi tinggalkan link pada komen box mereka terutamanya mreka yang femes kerana ramai orang baca dan komen. Tak tahu nak tinggalkan link?? Ini caranya..Korang tulis kan la apa komen korang dulu lepas itu letak kan ini.

                                  <a href="URL">TAJUK</a>   

Di ruangan URL itu, masukkan link entri korang itu dan masukkan tajuk pada ruangan TAJUK. Senangkan? Ini juga akan membantu korang untuk tingkatkan Page Rank korang kerana backlink dari blog lain. Korang pergi la komen di blog femes macam : Beautifulnara, Ben A., BlogSerius, Denaihati, 2dayblogger dan lain-lain.

Rasanya buat masa sekarang, ini je yang mampu akustressgiler sampaikan pada korang semua. Korang cuba la, mudah-mudahan dapat membantu korang. Satu lagi kalo nak tingkatkan ranking Alexa ingat ping ye setiap entri contohnya di TotalPing dan banyak lagi. Sebelum mengakhiri, datang2 la ke blog ye... Aku Stress Giler
 
“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofitslepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids , Muje,Puan Bee ,Ellen, DenaiHati,k-worlds,hairulazni,ummihanie,dinsblog“.

OMG : Fesyen Lady GAGA menjadi ikutan LELAKI di SIngapura (5 Photos)

Konsert LAdy Gaga yang latest ini di Singapura, jadi satu pertandingan untuk memenangi tiket ke konsert Lady Gaga telah diadakan. Seramai 150 orang yang menyertai dan semuanya telah berjaya mendapat tiket ke konsert walaupun pada mulanya hanya yang terbaik yang dapat. Tapi melihat pada pemakaian mereka, Lady Gaga nampaknya telah membuat fesyen nya sendiri di dunia ini..stress

sumber : stomp
Anda mungkin juga minat ENTRI hot minggu ini :

[Lawak Giler] Lagu "Beat It" Versi Melayu - Wajib Tengok!!



Sebelum ni korang mesti dah tengok lagu Thriller versi Tamil kan? Ala..Geli Mat tuh.. Takkan xpenah tengok kot? Kalo xpenah, leh tengok kat cni "Geli Mat". Now aku nak share lagu Beat It versi melayu lak.. Korang wajib tengok nih.. lawak abis.. !!! Kau Biiidiinnnnn!!! hahaha



Sumber: Youtube
Teman Sponsors yang MURAH Hati diperlukan untuk Kontest 'Siapa yang lebih STRESS" n 'Tips kurangkan STRESS' http://t.co/az4Sras @denaihati

[Lawak]Typical Scenes Dalam Movie Yang Tiada Dalam Kehidupan Sebenar!!!

Korang mesti penah tengok scenes macam gambar dibawah ni dalam mane2 movie yang korang tengok kan.. Tapi kat dunia sebenar takkan terjadi pon.. Korang tengok la sendri... 










Amacam? Setuju tak?? Hehe


Teman Sponsors yang MURAH Hati diperlukan untuk Kontest 'Siapa yang lebih STRESS" n 'Tips kurangkan STRESS' http://t.co/az4Sras @denaihati