Thursday, 19 April 2012

WTF : Lelaki OKU Dipenjara Liwat Bapa Saudara & Adik


KLANG – Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah meliwat bapa saudaranya yang juga seorang OKU serta dua adik kandungnya berusia lapan dan 10 tahun, bulan lepas.

Hakim Siti Noraida Sulaiman memerintahkan tertuduh yang berusia 22 tahun menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 5 April lepas.

Lelaki itu, yang berasal dari Sekinchan, Sabak Bernam didakwa meliwat bapa saudaranya yang berumur 41 tahun serta dua adik kandungnya yang berusia lapan dan 10 tahun di bilik hadapan sebuah rumah di Sekinchan, antara 10.30 malam dan 11.30 malam pada 23 Mac lepas.

Tertuduh, yang bekerja sendiri dan tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang merupakan seorang yang lembam telah memanggil bapa saudaranya masuk ke dalam bilik itu di mana kedua-dua adik lelakinya turut berada di dalam bilik sama.

Tertuduh kemudian meliwat kedua-dua adiknya sehingga mereka menangis sambil disaksikan bapa saudaranya.

Tertuduh kemudian meminta bapa saudaranya untuk membuka seluar dan baju serta meniarap sebelum bertindak meliwatnya di hadapan kedua-dua adiknya pula. – BERNAMA

p/s : Dunia dah nak kiamat.. 

Sumber : Here

8 comments:

  1. astagfirullahalazim..:(

    ReplyDelete
  2. Ni msti dia tgk blue ni

    ReplyDelete
  3. hurmmm...x padan dgn oku...hurmmmm

    ReplyDelete
  4. final world until the end...20 April 2012 at 11:14

    ITULAH SIKAP MANUSIA PADA ZAMAN SEKARANG,,, BERNAFSUKAN SYAITAN DIDALAM DIRI... BUKAN NAK DIBANDINGAN DENGAN HAIWAN... TETAPI HASUTAN SYAITAN.... DAH CACAT PUN BOLEH BUAT HAL, APATAH LAGI BDAN YG SEMPURNA DAN TIDAK SEMPURNA MEMBUAT HAL YG KUTUK MCM TU... LEBIH JIJIK DARI NAJIS... ENTAH APA KAH BENDA YG BOLEH MEROSAKAN AKAL DAN FIKIRAN MANUSIA ZAMAN SEKARANG...

    ReplyDelete
  5. main main main main main

    ReplyDelete
  6. kadang2 kan, disebabkan dorang OKU, dorang tak tau ape yg dorang buat. Mungkin dorang ni OKU dr segi pemikiran,pemikiran yang naif. Tak tau ape yg dorang buat tu salah, tp dorang still bernafsu. cm contoh dorang tengok tv pasal hiburan seksi2 berleluasa, dorang tak tau hukum hakam sumer tu, tp masih boleh terangsang akibat sumer2 tu. pastu dgn pemikiran yg tak secerdik mane, tu yg jadik macam2 masalah. Tgk si pakcik nya pn mcm agak 'naif' je bile dipujuk masuk bilik.

    kt sini tak diterangkan dorang OKU dr segi ape, OKU tak bermaksud cacat luaran. cacat dalaman(pemikiran) pn OKU gak. So aku pn taknak komen sngt pasal bende ni, sbb tak tau ape citer sbnar OKU ni. wallahualam.

    ReplyDelete
  7. bodoh!!! setaaaaaan dmana2 aishh!

    ReplyDelete