BANDARAYA MELAKA – Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah
laku warga emas beragama Islam tanpa segan silu menikmati sarapan pagi
di sebuah kedai makan bukan Islam.
Tanpa menghiraukan orang ramai
yang lalu lalang, warga emas terbabit dengan selamba menghirup hidangan
kopi panas sambil menikmati roti bakar. Bagaimanapun, perbuatan
mereka itu dikesan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang
bertindak menyerbu kedai makan berkenaan, pagi semalam.
“Saya mengaku saya makan tadi,” kata warga emas berusia 65 tahun itu sebaik saja menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.
Ketua
Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, warga emas berkenaan merupakan
seorang daripada lima yang dicekup kerana makan di khalayak ramai di
bulan puasa.
“Kesemua mereka berusia 40 hingga 65 tahun itu,
termasuk tiga daripadanya sudah bergelar warga emas, di tahan di kawasan
‘panas’ tempat tumpuan mereka yang ponteng puasa.
“Lebih
mengejutkan, ada antara warga emas berkenaan sudah pun bergelar datuk
kepada sembilan orang cucu,” katanya kepada pemberita ketika mengikuti
operasi berkenaan, semalam.
Rahimin turut melahirkan rasa kecewa
kerana masih ada pengusaha kedai makan Islam yang beroperasi di siang
hari, sekali gus memberi ruang kepada mereka yang tidak berpuasa.
“Tindakan
peniaga ini mencemarkan imej umat Islam sendiri. Sepatutnya mereka
sama-sama menghormati Ramadan dan tidak mengambil kesempatan untuk kejar
keuntungan semata-mata,” katanya.
Menurutnya, kesemua yang
ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah
Negeri Melaka yang memperuntukkan denda RM1,000 dan penjara enam bulan.
Berikutan
itu juga, katanya, Jaim akan terus melipat gandakan penguatkuasaan
untuk memastikan kesucian Islam sepanjang Ramadan ini tidak
diperlekehkan. Katanya, ini termasuk tindakan terhadap mereka yang dikesan membeli nombor ekor pada bulan Ramadan. – SinarHarian
p/s : Apa nak jadi la..
Sumber : here
Dota lai pawn me
ReplyDeletelai la..
ReplyDeleteroom brapa..
haiyaaa... kalo taknak pose pn gi makan kt umah laaa
ReplyDeleteni kdg2 sedapp je hisap rokok.
argghh
makan jela maggi kat rumah
ReplyDeletemana sedaap makan maggi, roti bakar kat kedai tu juga yang sedap, betul tak DAtukkkkk yang tak sedar diri.
ReplyDeleteindahnya kejadian ni..membangga bukan main..memang benarlah yg tua membimbing dan memberi telunjuk kepada yg muda..
ReplyDelete