Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang
diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam
tadi. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua
minggu lagi.
“Saya terkejut!” kata seorang saksi memulakan ceritanya. “Semalam, masjid ini, besar dan luas,” sambungnya. “Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi.”
Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam ini.
Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap hari atau selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi masjid atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan yang berlaku itu.
AJK kepada beberapa buah masjid dan surau dikatakan, sedang memikirkan untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan bagi membesar serta meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi perkara aneh yang berlaku secara tiba-tiba ini.
Umat Islam, dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat tempat yang lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang akan datang.
p/s: jikalau anda paham dengan maksud artikel di atas, sebar-sebarkanlah untuk renungan bersama.

Sumber : here
terbaik lah untuk bulan puasa mesej ni...
ReplyDeletebetul tu.. selalu senang ja nak sembahyang kat dalam dewan melainkan hari jumaat, tapi mula dari semalam setiap waktu macam waktu sembahyang jumaat. kan bagus kalau sepanjang tahun macam ni.
ReplyDeleteoooo..so penuh2kanlah masjid tu erk .. huhu
ReplyDeletehehe, biase la tuuu ramadan baru ramai nak dtg. tp yg peliknye dah nak abih ramadan makin skit lak. padahal tu 10 malam terakhir lailatul qdar tu. =_=
ReplyDeletewhat the great idea to make this story....hehehe
ReplyDeleteLagi pelik, yg cakap berpuasa, tapi tunjuk punggong sana sini.
ReplyDeleteTerlupa.. Selamat Menyambut Ramadan admin
ReplyDeletenanti nak raye besar la blik masjid tue...
ReplyDeletebetul tu mail kerbau, he he
ReplyDeleteAlaaa.... lpas 15 hri poser sok besar balik la masjid tu.... tp hrp2nya spi ujung ramadan pun trus xbesa2 la masjid/surau spi rayer, stiap jumaat n stiap solat waktu.... InsyaAllahhh.....
ReplyDeleteSempit kejap aje. Lepas lapan rakaat taraweh, mesjid surau jadi luas balik. Gerai kerang rebus pula jadi sempit apabila surau dan masjid jadi luas.
ReplyDeletebagus wat.....atleast rakyat malaysia masih ade kesedaran tu....-----kakcik
ReplyDeletecerita bohong..boooooooo
ReplyDeletei like dis story..ia melambangkan penulis2 malaysia juga semakin berkembang mentalitinya..semoga sukses selalu..
ReplyDeleteNice one
ReplyDeletepagi raya confirm peristiwa aneh ini mencapai kemuncak optimum kesempitan...hehe
ReplyDeletememang pon..smakin kcik surau tmpt aku ni..smpai aku solat kt luar...
ReplyDelete*mari mnderma di bulan ramadhan ini~
KLIK DI SINI KORANG DAH DIKIRA MENDERMA 50SEN!
masji? surau mkin kecil? wtf..anamisme!!haha....menunjukan kbdhn sndri.
ReplyDelete