Monday, 3 October 2011

OMG : Tiga Pelajar Cuba Bunuh Diri Kerana Tak Habis Kerja Rumah di China (3 Photos)

Tiga orang pelajar yang berusia 10 tahun di timur China telah terjun daripada tingat dua bangunan sekolahnya kerana cuba mengelakkan diri daripada tekanan akademik. Mereka cuma cedera biasa dan kini dirawat di sebuah hospital tempatan. Semua video telah dirakam oleh media China dengan ketiga-tiga pelajar ini di hospital. Xiao Li salah seorang daripadanya menyatakan mereka mempunyai 12 muka surat kerja rumah untuk disiapkan setiap minggu, kalau mereka gagal melakukannya mereka akan dipukul teruk. Namun pihak sekolah menolak tuduhan ini. Sebaliknya ramai ibu bapa menyalahkan budaya saing yang tinggi antara sekolah yang menyebabkan semua sekolah cuba bersaing antara satu sama lain tetapi ini menyusahkan semua pelajar.
p/s : ini juga berlaku di Malaysia apabila beberapa kes pelajar tidak dibenarkan untuk menduduki UPSR kerana khuatir keputusan/prestasi sekolah akan merosot. Kita perlu menerima hakikat yang bukan semua pelajar adalah pandai. Bukan semua orang di dunia ini boleh jadi doktor atau peguam. Kita perlu tahu kebolehan pelajar ini dan cuba membentuk mereka melalui minat mereka bukan paksaan. 


globalpost

4 comments:

  1. ape lah ta siap kerja umah pown na bnuh diri..haha!! klaka!

    ReplyDelete
  2. alahai kesian, jahatnya cikgu durnk 2

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. sgt memahami situasi dorg ni... kami dulu sekolah rendah sekolah cina mmg stress gila... satu hari ada 6-7 subjek... setiap subjek mesti bg kerja umah tiap hari 1-3 buku 2-15 page.. hantar esok atau lusanya... then x siap mcm2 jenis hukuman; rotan(mcm2 saiz, 50-100 kali setiap tangan or punggung), tampar,kena tendang oleh guru besar dah tu dia ni lelaki saiz american.. dulu selalu gak biru2 and luka2 ni...tp xberani bgtau parents, takut dpt 2nd round dr parents lg cz xsiap homework.. =.=

    ReplyDelete