Monday 3 October 2011

Cool : "Noah" Kapsul Ciptaan Jepun Untuk Selamatkan Diri dari Tsunami (3 PHotos)

Sebuah syarikat di Jepun telah mencipta "Noah" Ark versi mini sebagai penyelamat sekiranya Jepun diserang Tsunami atau Gempa Bumi lagi. Noah nama alat ini yang merupakan sebuah kapsul yang kelihatan seperti sebiji bola tenis yang besar. Menurut Cosmo (syarikat), "Noah" diperbuat daripada kaca fiber yang mantap dan mampu menyelamatkan penggunanya daripada serangan Tsunami dan Gempa Bumi seperti yang melanda pada 11 Mac yang lalu. Menurut pengerusi syarikat ini, Shoji Tanaka, kapsul ini mampu menampung sehingga empat orang dewasa dan percubaannya telah membuktikan ianya sangat kebal. Tambahnya lagi, syarikatnya telah menerima lebih daripada 600 tempahan sejak diperkenalkan bulan lepas.


guardian

9 comments:

  1. lps reda tsunami jer bukak pntu dyer da sampai kt pulau atlantik wakaka

    ReplyDelete
  2. pulau atlantik xpe lg..bukak2 je da kt tgh laut..ape cer?? hahahaha..

    ReplyDelete
  3. Biarlah sampai kat mana pun, asal selamat, Jangan buka kapsul sampai kat Somalia, tak pasal kena tembak pulak dengan lanun.

    ReplyDelete
  4. bukak2 dekat dlm sungai yg ditutupi dgn rumah2 hanco kt atas

    ReplyDelete
  5. kalau x boleh bukak ? mati mcm tu ja

    ReplyDelete
  6. macam kapal angkasa dlam anime dragon ball jer!! mmg sebijik doe!! hebat!!

    ReplyDelete
  7. noah b'maksud nabi nuh dlm bhs inggeris . makne nye die mcm translate cte nabi nuh dselamatkn oleh ikan paus tuhh la kn ?

    ReplyDelete
  8. @Anonymous

    bukan bukan bukan.. nabi nuh buat bahtera yg org putih pggil "noah ark" pada peristiwa banjir besar time zaman beliau (ada kat dlm alquran dn bible).. noah capsul ni kira noah ark dalam bntuk kapsul ler...

    ReplyDelete
  9. kalau bukak2 pintu , tngok2 ada kt tngah laut cna ?
    haha , habes lah korang ! takan slamat punya ..

    ReplyDelete