Posted by Me-X
Biar betik dan banana .....Yes, itulah yg Me-X rasa bila 1st baca tajuk ni...B4 Me-X story-telling pasal info yg STRESS ni, why not kita buat revision dulu, pasal Sejarah Kota femes ni...

Menurut Plato, seorang ahli falsafah Yunani, Kota Altantis merupakan kota yang canggih dan moden pada zamannya. Namun ia tenggelam ke dasar laut hanya pada kejadian satu hari dan satu malam. Plato juga menyatakan kedudukan Altantis berada bertentangan dengan Selat Gibraltar dan mempunyai kerajaan seluas Asia dan Libya yang digabungkan. Kota itu dipercayai wujud pada 9000 BC sebelum ia hilang tanpa ditemui sehingga kini.
Betul ke Kota Atlantis tu semakin hampir untuk ditemui? Korang baca artikel dari Utusan Online bertarikh 13 Mac ini.
Pastu, Plato pulak ber"story-telling":
Terdapat sebuah pulau besar yang hebat di Lautan Atlantik, ribuan tahun sebelum zaman kelahirannya dan pulau itu dinamakan Pulau Atlas atau ‘Atlantis’.
Pulau itu sungguh hebat dan sudah mencapai kemuncak sains dan teknologi (walaupun ketika itu sudah ribuan tahun berlalu daripada sekarang)!
Aspek sains dan teknologi terlalu maju sehingga dikatakan terdapat kapal udara bagi mengangkut tentera, terbang tanpa menggunakan minyak. Saintisnya berjaya mencipta aloi misteri yang bercahaya dan amat keras.
Kemajuan sains juga sehingga penyelidik Atlantis pandai melakukan kacukan haiwan dan tumbuhan selain mempunyai alat komunikasi seperti sidang televideo yang jauh lebih hebat daripada teknologi yang dicipta abad ini.
Setiap ilmu dan ciptaan teknologi yang dimiliki saintis negara itu akan dikongsi bersama seluruh warga Atlantis untuk membolehkan kemajuan dipertingkatkan.
Atlantis (kononnya) kurniaan tuhan kepada dewa laut, Neptune yang memiliki lima pasang anak kembar dan setiap seorang diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir.
Keluasannya 600 darab 400 kilometer persegi dan memiliki ladang luas (seluas Oklohama, Amerika syarikat) sehingga mampu menampung makanan 15 juta hingga 30 juta penduduk. Tenteranya saja seramai 1.6 juta orang.
Negara itu disinari matahari terik sepanjang tahun. Selain tanaman seperti pisang, nanas dan kelapa sebagai tanaman utama, rantau Atlantis dipenuhi bijih timah dan emas.
Bandar rayanya indah sekali, terusan besar dibina menghubungkan bandar dengan lautan bagi memudahkan kapal belayar terus ke bulatan air; jambatan merintangi bulatan pula dikelilingi taman indah, pokok subur dan puluhan air pancuran berkilauan.
Ibu kotanya dibina di tengah pulau dengan bangunan mewah disusun harmoni menghasilkan seni landskap memukau. Bangunan disusun berselang seli dengan batu bata hitam, putih dan merah. Bangunan mewah dihias pancuran air panas dan sejuk selain dewan makan dan dinding konkrit dibuat daripada batu bata berharga.
Dalam Atlantis ada istana, tempat ibadat, pelabuhan, sistem perairan canggih, universiti, makmal dan bangunan akademik yang menjadi pusat kajian sains dan kemanusiaan.
Begitu lama Atlantis hidup gah dengan kemewahan dan kemajuan pembangunan serta tamadun sehingga menyebabkan penduduknya mula takbur dan melakukan dosa.
Akhirnya, lantaran dosa dan sikap penduduknya, kemajuan teknologi dan kehebatan Atlantis yang dicapai sebegitu lama akhirnya musnah dalam tempoh semalaman.
Atlantis akhirnya tenggelam ke dasar laut akibat hukuman yang dinatijahkan menerusi letupan gunung sucinya iaitu Atlas.

me-x,why not korang buat chatbox? so,snang nk quick comment or say-the-stress out loud! hee
ReplyDeleteJangan2 diorang nie lagi pandai dari israel
ReplyDelete