Saturday, 2 March 2013

Sejarah : Sabah, Brunei Dan Sulu, The Untold History (3 Gambar)


Jom baca sikit pasal sejarah Sabah, Brunei dan Sulu... 

1. Sekitar abad ke 6, hampir keseluruhan kepulauan Borneo adalah di bawah jajahan takluk Kesultanan Negara Brunei. Seperti juga Sarawak yang rata-ratanya menjadi tanah kuripan kepada golongan bangsawan dan juga pembesar dari Kesultanan Brunei maka begitulah juga sebaliknya kepada Sabah.

2. Segalanya bermula apabila berlakunya perang saudara di Brunei di antara Sultan Mohammad Ali dan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin. Dikhabarkan persengketaan ini berlaku kerana anakanda Sultan Mohammad Ali telah dibunuh oleh Pengiran Muda Bongsu sewaktu menyabung ayam. Sultan Mohammad Ali telah bertindak membunuh Pengiran Muda Bongsu dan ini menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin ingin menuntut bela dan seterusnya mengambil alih puncak pemerintahan Sultan Mohammad Ali.

3. Pembunuhan Sultan Mohammad Ali telah menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin menaiki takhta selepas kemangkatannya. Sebagai langkah keselamatan, Sultan Abdul Hakkul Mubin telah berpindah ke Pulau Chermin, sebuah pulau di muara Sungai Brunei. Sultan Abdul Hakkul Mubin kemudian melantik anak saudara Sultan Mohammad Ali sebagai Pengiran Bendahara Brunei iaitu Pengiran Muda Muhyiddin.

4. Pengiran Muda Muhyiddin naik takhta sebagai Sultan Negara Brunei dengan bergelar Sultan Muhyiddin selepas kemangkatan baginda. Dan sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hakkul Mubin inilah kerajaan Brunei telah menghadiahkan Kesultanan Sulu yang dahulunya Adipati Brunei tetapi telah bertindak menubuhkan kesultanan sendiri kerana kelemahan empayar kesultanan Brunei pada masa itu. Malah apabila Sultan Abdul Hakkul Mubin memohon pertolongan malah kesultanan Sulu sanggup menghulurkan bantuan. Maka jadilah pantai Timur Borneo menjadi hak milik kepada Kesultanan Sulu pada tahun 1662.

5. Pada awal tahun 1760, satu perjanjian telah ditandatangani di antara Alexander Dalrymple dengan Kesultanan Sulu bagi membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan. Pulau Balembangan terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Kemudian nama Pulau Balembangan telah ditukar kepada Felecia Island. Setelah bertapak buat seketika akhirnyaSyarikat Hindia-Timur Bristish pada tahun 1805 meninggalkan Pulau Balembangan kerana dikatakan tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.



6. Pada tahun 1878, Baron Gustavus Von Overbeck, Konsul Jeneral bagi empayar Austro-Hungarian yang berpangkalan di Hong Kong telah membuat perjanjian dengan Kesultanan Sulu untuk menyerahkan hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Perjanjian ini telah memberikan Sultan Sulu mendapat $5,000 setahun daripada Syarikat Overbeck. Nilai $5,000 adalah nilai dalam dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas.

7. Pada tahun yang sama, Syarikat Overbeck telah mengalami masalah kewangan teruk dan akhirnya memohon bantuan kewangan daripada Alfred Dent, seorang jutawan British pada masa itu. Alfred Dent telah sanggup membantu dengan bersyarat iaitu hanya wakil British dibenarkan untuk menguasai perniagaan di Sabah. Akhirnya Baron Gustavus Von Overbeck yang berbangsa Austria telah menyerahkan keseluruhan perniagaannya di wilayah Sabah kepada Alfred Dent untuk diuruskan. Disinilah bermulanya pengaruh Syarikat Berpiagam Borneo Utara keatas tanah jajahan kerajaan Sulu di Sabah.

8. Pada tahun 1888, Syarikat Berpiagam Borneo Utara , Negara Sarawak dan Negara Brunei telah menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Mahkota British iaitu menjadikan ketiga-tiga negara ini menjadi negara perlindungan bagi Kerajaan Mahkota British. Perjanjian ini akan memastikan bahawa tiada mana-mana negara di antara ketiga-tiga ini akan meluaskan empayar negara masing-masing dan sekiranya berlaku sesuatu peperangan maka mereka akan membantu di antara satu sama lain.

9. Semasa Perang Dunia Ke-2 iaitu semasa Jepun mulai meluaskan kuasanya ke Asia Tenggara, Sabah juga tidak terkecuali mendapat tempias sehinggakan ianya telah mengalami kemusnahan yang teruk. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah tidak mampu untuk membangunkan Sabah pada masa itu jadi pada tanggal 15 Julai 1946, Sabah secara rasminya telah diberikan kepada Kerajaan Koloni British dan menjadi jajahan takluk British. Sepanjang menjadi jajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan juga Koloni British, harga pajakan Sabah sentiasa dibayar kepada kerajaan Sulu.



10. Setelah Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 dan bergabung membentuk Federasi Malaysia bersama-sama dengan Sarawak dan Malaya serta Singapura (Singapura keluar pada tahun 1965), tugas untuk membayar kepada Kerajaan Sulu juga berpindah tangan. Saban tahun Kerajaan Persekutuan Malaysia tetap membayar Kerajaan Sulu sebanyak RM5,300.00 (Ditambah RM300 oleh Kerajaan Malaysia) juga bagi mematuhi Perjanjian 1878. Terdapat klausa di dalam Perjanjian 1878 yang menyatakan bahawa sewaan ke atas Sabah harus dibayar sehingga tidak ada matahari dan bulan ataupun pada ertikata sebenar “Sewaan Sampai Kiamat”.

p/s : Sekadar bacaan.. Kebenaran tak dapat dikenalpasti..Hanya pakar sejarah yang dapat menerangkan perkara sebenar..
 
Sumber : Here

Cool : Telefon Bimbit Yang Tak Perlu Di Caj Selama 15 Tahun (6 Gambar)


Telefon bimbit baharu firma X-Pal dari Barcelona, SpareOne Plus boleh bertahan sekitar 15 tahun menggunakan hanya sebiji bateri bersaiz AA. Gajet tersebut turut didatangkan dengan pek kalis air supaya anda dapat menyimpannya untuk kegunaan kecemasan bagi dekad akan datang.

"Ini bermakna saya boleh mematikan telefon ini dan menyimpannya di dalam laci atau kompartmen kereta contohnya, se lama 15 tahun dan jika saya di timpa kecemasan dan perlu membuat panggilan, gajet ini sentiasa boleh digunakan," kata pengarah Xpal, Alan Cymberk noh pada pameran Kongres Mo bil Sedunia 2013 di sini yang berakhir semalam.

Pengguna juga katanya, tidak perlu berlanggan dengan pembekal telekomunikasi kerana panggilan kecemasan adalah percuma tetapi ia masih memerlukan kad modul identiti pelanggan (SIM) jika mereka mahu membuat panggilan biasa.

"Setahun sejak versi pertama dilancarkan, jualan telefon ini amat memberangsangkan di Amerika Syarikat," ujar Cym berknoh

Model terbaharu telefon itu boleh menghantar lokasi pemanggil melalui sistem pengesanan global apabila panggilan kecemasan dibuat.


p/s : Pencabar Nokia 3310... hoho.. 

Sumber : Here

OMG : [Video] Makcik! Jangan Lintas Jalan..


Sila berhati-hati ketika melintas jalan.. Make sure kereta takde baru la lintas... Kang tak pasal-pasal jadi macam pakcik/pakcik kat dalam video ni.. Aduh...


p/s : Kesian.. Orang kat tepi jalan tu pun tengok jer... tak guna btol..

Sumber : Here

WTF : Justin Bieber Sambut Hari Jadi Tanpa Berbaju, Seluar Ke Bawah Dan Gadis Cantik (10 Gambar)

Justin Bieber Sambut Hari Jadi Tanpa Berbaju, Seluar Ke Bawah Dan Gadis Cantik.
Untuk sambut hari jadi Justin Bieber ke 19 tahun semalam, dia telah pergi kelab malam di UK. Selepas itu, pada jam 3 pagi dia telah keluar dari hotelnya untuk bertemu dengan GF yang disebut-sebut iaitu Ella-Paige Roberts Clark. Bukan hanya dengan Ella, tetapi dia juga ditemui bersama dengan beberapa lagi gadis cantik. Selain itu, paparazi yang ikut Justin Bieber juga menyatakan gadis-gadis ini adalah gadis yang tinggal dengan Justin Bieber sepanjang di UK untuk konsertnya. Mereka masuk ke bilik Justin Bieber beberapa hari lepas dengan baju yang sama dan malam tadi ditemui dengan baju yang sama lagi. Satu lagi, Justin Bieber keluar dengan hanya memakai seluar. Aku Stress Giler

Serius : Gadis Yang Baling Kasut Pada Kemaluan Harry Styles, One Direction Kini Terkenal (10 Gambar)

Gadis Yang Baling Kasut Pada Kemaluan Harry Styles, One Direction Kini Terkenal.
Seorang gadis telah membaling sepasang kasut dan salah sebelahnya telah terkena pada kemaluan ketua One Direction iaitu Harry Styles. Pada mulanya, orang mensyaki Taylor Swift membaling kasut itu tetapi bukan dan seorang gadis yang dipanggil Jade telah dikenalpasti. Kini Jade telah menjadi terkenal kerana


OMG : Anna Turaeva, Juara Dunia Powerlifting Untuk Wanita (11 Gambar)

Anna Turaeva, Juara Dunia Powerlifting Untuk Wanita.

Sila Baca Dulu,
Anna Turaeva adalah Juara Dunia untuk powerlifting bagi kategori wanita. Powerlifting ini adalah hampir serupa dengan angkat berat. Lihat pada gambar di bawah, Anna bukan gadis yang berada di sebelah kanan tetapi dia adalah gadis yang berada di tengah. #ROFL

OMG : Rupa Pelakon Cantik Korea Yoo In-na Sebelum VS Selepas Yang Mengejutkan (4 Gambar)

Rupa Pelakon Cantik Korea Yoo In-na Sebelum VS Selepas Yang Mengejutkan.
Apa yang buat admin terkejut adalah rupanya semasa di sekolah. Selepas itu, apabila menjadi artis, dia menjadi sangat cantik . Apa rahsianya ? of course.,.. Plastic Surgery!

Sebelum

Selepas

Serius : Rupa Pengemis Selepas Gunting Rambut Dan Baju Baru (4 Gambar)

Rupa Pengemis Selepas Gunting Rambut Dan Baju Baru.
Seorang pemain muzik jalanan serta pengemis, Stephen Rimmer telah dijumpai mengemis di sekitar Manchester. Dia telah diberi peluang untuk bekerja sebagai pemain muzik di Key 103 Radio Station. Jadi selepas 4 tahun mengemis, dia akhirnya mendapat stail rambut baru serta baju baru. Cuba tengok rupa dia selepas itu.