Saturday, 2 March 2013

Cool : Telefon Bimbit Yang Tak Perlu Di Caj Selama 15 Tahun (6 Gambar)


Telefon bimbit baharu firma X-Pal dari Barcelona, SpareOne Plus boleh bertahan sekitar 15 tahun menggunakan hanya sebiji bateri bersaiz AA. Gajet tersebut turut didatangkan dengan pek kalis air supaya anda dapat menyimpannya untuk kegunaan kecemasan bagi dekad akan datang.

"Ini bermakna saya boleh mematikan telefon ini dan menyimpannya di dalam laci atau kompartmen kereta contohnya, se lama 15 tahun dan jika saya di timpa kecemasan dan perlu membuat panggilan, gajet ini sentiasa boleh digunakan," kata pengarah Xpal, Alan Cymberk noh pada pameran Kongres Mo bil Sedunia 2013 di sini yang berakhir semalam.

Pengguna juga katanya, tidak perlu berlanggan dengan pembekal telekomunikasi kerana panggilan kecemasan adalah percuma tetapi ia masih memerlukan kad modul identiti pelanggan (SIM) jika mereka mahu membuat panggilan biasa.

"Setahun sejak versi pertama dilancarkan, jualan telefon ini amat memberangsangkan di Amerika Syarikat," ujar Cym berknoh

Model terbaharu telefon itu boleh menghantar lokasi pemanggil melalui sistem pengesanan global apabila panggilan kecemasan dibuat.


p/s : Pencabar Nokia 3310... hoho.. 

Sumber : Here

8 comments:

  1. Taleh na msj ke gne fon ni ??hurmm (?)

    ReplyDelete
  2. APESAL LAK TU BETERI DI TGH2 SCREEN?? AKU STRESS GILER TGK TU SCREEN !

    ReplyDelete
  3. ini kerana semua rakyat malaysia sudah tidak bersatu hati lagi... perpecahan orang islam sangat ketara pada masa kini, jadi mudahlah orang asing untuk menambah dan mengharu birukan malaysia... kerana malaysia terkenal dengan negara aman damai.. kafir laknat, syaitan bertopengkan manusia menunggu saat kehancuran malaysia, kerana malaysia satu2nya negara islam yang kukuh ekonomi, harmoni dan aman. semua ini berlaku kerna pasti ada tali barut kafir laknat yang membantu untuk menjatuhkan malaysia atas kepentingan diri masing2

    ReplyDelete
  4. alamak... aku post 09:26 tersalah posting place la... adoyai... SORRRYYYYYYY

    ReplyDelete
  5. wakakkakaka...ape la org kat ats ni...

    ReplyDelete
  6. kekeke...ade, leh silap cmtu gak kan?! haha

    ReplyDelete
  7. topup blh tahan ke 15 tahun? :p

    ReplyDelete