Saturday, 12 January 2013

Serius : Kereta Porsche Hancur Langgar Pokok (3 Gambar)


GEORGE TOWN: Seorang ejen hartanah mati dan teman lelakinya cedera parah setelah kereta Porsche yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di Jalan Kelawei. Mangsa, Elizabeth Cheang, 24 mati ditempat kejadian manakala teman lelakinya, yang memandu ketika itu mengalami cedera parah di bahagian kepala. MAngsa yang terselamat kini dirawat di wad ICU di Hospital Pulau Pinang. 



 p/s : Hancur beb.. kompem laju gler ni... 

Sumber : Here

Panas : Betul Ke Isteri Mat Yo Panggil Tan Sri Annuar Musa 'Anjing'? (Gambar)


Betul ker nih??? ish2....


p/s : Sekarang ni semua benda boleh edit.. harap2 tak benar lah yer.. tak baik meng"anjing"kan orang... 

Sumbeer : Here

OMG : Perhimpunan Tahunan Gothic Versi Ekstrim di Leipzig (8 Gambar)

Perhimpunan tahunan ini dipanggil 'Gothic-Treffen' yang diadakan di Leipzig, Jerman. Dalam acara ini seramai 20,000 orang peminat Gothic akan berkumpul untuk satu konsert dari 150 band yang 'Rock Metal, Punk, Gothic Metal dll. Semua yang hadir akan memakai sut gothic unik dan pelik serta ekstrim masing-masing.


p/s : Pelik diorang nih.. 

Sumber : Here

OMG : Ibu Dengan Rekod Kelahiran Paling Banyak Di Dunia (2 Gambar)


Siapakah gerangan wanita yang memiliki anak terbanyak di dunia yang dilahirkan daripada rahim sendiri?

Tidak ada maklumat yang jelas tentang wanita ini. Yang pastinya beliau ialah isteri pertama  Feodor Vassilyev (1707-1782), seorang petani dari daerah Shuya, Rusia.

Dia dikatakan telah melahirkan seramai 69 orang anak, antaranya beberapa orang anak kembar dua, bayi triplets (kembar tiga), dan bayi quadruplets (kembar empat).

Wanita ini adalah isteri pertama Feodor Vassilyev yang dikatakan telah membunuh diri atas sebab yang tidak diketahui. Feodor kemudiannya berkahwin lain, dan hebatnya dia berjaya memujuk isteri keduanya untuk mengurus 69 orang anaknya.

Fakta yang menarik lagi, dari 69 kelahiran, yang selamat adalah 67 orang. Jika setiap daripada anak itu menghasilkan 2 orang anak lagi (jumlah yang sangat rendah untuk standard zaman dahulu), dan jika dari 2 anak tersebut menghasilkan 2 orang anak lagi, dan dengan perkiraaan jarak antara generasi sekitar 25 tahun, maka ketika ini keturunan Feodor sudah mencapai 70 ribu orang!!




p/s : giler ah kalau betul... 

Sumber : Here

Cool : Ikan Yang Boleh Memanjat Air Terjun Menggunakan Mulut (3 Gambar)


VIVAnews - Para penyelidik telah menemui sejenis spesies ikan yang berperilaku unik di Hawaii, Amerika Syarikat. Ikan kecil ini dikatakan mampu memanjat air terjun setinggi 100 meter dengan hanya menggunakan mulutnya.

Seperti dilapor laman web LiveScience, Isnin, 7 Januari 2013, spesies ikan ini dinamakan Gobi Nopoli Rock Climbing atau Sicyopterus stimpsoni. Ikan ini memanjat dengan menekapkan mulutnya pada permukaan batuan dan memindahkan badannya secara perlahan-lahan.

Menurut Richard Blob, Penyelidik Evolusi Biomechanist dari Clemson University di South Carolina, ikan yang berukuran sepanjang 18 cm ini menggunakan kekuatan rahang untuk menempelkan mulutnya pada permukaan batu untuk mengikis makanan.

"Selain untuk makan, mulutnya digunakan juga untuk mendaki. Ini adalah salah satu bentuk evolusi perilaku dari seekor haiwan ketika mencari makanan," kata Blob.

Untuk membuktikan sama ada ikan ini benar-benar mendaki menggunakan mulutnya, para penyelidik menangkap ikan Gobi Nopoli Rock Climbing dan meletakkannya di dalam akuarium. Mereka sempat merakam kekuatan rahang ikan Gobi ketika menempelkan mulutnya di sisi akurium dan memanjatnya untuk mendapatkan makanan.

"Perilaku ini belum jelas tujuannya, sama ada kegiatan makannya disesuaikan untuk mendaki, atau sebaliknya," tambah Blob lagi.

Ketika ini para penyelidik sedang mengumpulkan spesies ikan Gobi lain yang berasal dari Karibia untuk mengetahui urutan dari evolusi perilaku ekstrim ikan ini. Hasil dari penelitian ini telah diterbitkan pada Jurnal Online Plus One pada 4 Januari yang lalu.





p/s : Hebat ikan ni... Subhanallah.. 

Sumber : Here

Cool : "Project Shield", Permainan Konsol Android Dari Nvidia (7 Gambar)


Project shield merupakan sebuah portable PC Gaming atau konsol yang direka oleh syarikat graphic card yang terkemuka, Nvidia. Project Shield ini dilengkapi dengan Android Jelly Bean dan yang paling menarik ialah, ia menggunakan processor paling laju setakat ini iaitu Nvidia Tegra 4.







p/s : Superb... 

Sumber : Here

Friday, 11 January 2013

OMG : [Video] Kenderaan JPJ Dibakar Oleh Orang Ramai Di Perak


Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.

Difahamkan 15 orang cedera dalam kemalangan tersebut.  Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah “bakar!”

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.
  


p/s : Oh...emm..jeee... 

Sumber : Here

Info : "Terracotta Warriors", Misteri Pahlawan Makam Dinasti Qin (5 Gambar)


Pada tahun 1974, seorang petani telah menemui makam Maharaja Qin, satu daripada tinggalan arkeologi terhebat semasa menggali perigi berhampiran Gunung Li di wilayah Shaanxi, China. Maharaja Qin Shi Huang yang mangkat pada tahun 210 SM dikebumikan bersama rombongan misteri tentera terracotta (terracotta warriors). 

Semenjak itu, para ahli arkeologi telah menghabiskan 40 tahun lalu dan mendedahkan secara terperinci patung pahlawan bersaiz sebenar dari lubang seluas 22 batu persegi (57 kilometer persegi).


Setakat ini, penggalian-penggalian di Museum of the Terracotta Army yang terletak kira-kira 25 batu (40 kilometer) di timur Xi'an telah menemui kira-kira 2,000 daripada 6,000 figura yang dirasakan wujud. Di samping tentera terracotta bawah tanah itu, turut ditemui kuda, kereta kuda, senjata – termasuklah akrobat untuk menghiburkan Maharaja Qin di alam kubur. 

Ramai sarjana berpendapat bahawa tentera terracotta tersebut dikuburkan bersama Maharaja China pertama untuk melindunginya di alam akhirat dan ingin disembunyikan. Kini, tentera terracotta misteri yang digelar sebagai keajaiban alam kelapan ini menarik kira-kira 2 juta pelancong setiap tahun.

Muzium Terracota Terbesar Di China

Senjata Terpelihara:

Ahli arkeologi telah menemui kira-kira 40,000 senjata yang diperbuat daripada gangsa di lubang terracotta itu. Daripada lembing ke kapak, busur dan anak panah, senjata menakjubkan ini terpelihara dalam saduran kromium. Meskipun Jerman dan Amerika mendakwa mencipta teknologi salutan kromium masing-masing pada tahun 1937 dan 1950, ia telahpun wujud di China sejak 2,200 tahun yang lampau.



Berwawasan Tinggi:

Semasa Maharaja Qin baru berumur 13 tahun, kerja-kerja pembinaan makam agungnya telahpun dimulakan. Menurut dakwaan sejarawan China bernama Sima Qian dalam Records of the Grand Historian, lebih daripada 700,000 orang terlibat dalam pembinaan makam selama 36 tahun. Walaupun ia merupakan satu daripada pencapaian terhebat Maharaja Qin, namun beliau juga terkenal dengan sumbangannya dalam bidang politik dan budaya. 


Maharaja Qin telah memperkenalkan satu landasan penulisan naskah, menghubungkan jajahannya dengan terowong dan jalan raya, menyatukan wilayah yang berperang, memajukan teknologi kaji logam, menyeragamkan ukuran dan timbangan, membina Tembok Besar versi pertama dan kemudian menghubungkannya dengan bahagian taktikal.

Maharaja Kejam:


Meskipun banyak memajukan empayar, namun Maharaja Qin juga terkenal dengan kekasarannya. Ratusan rangka telah ditemui dalam makam berkenaan, kebanyakannya dipercayai tukang dan pekerja yang membantu pembinaan kubur itu. Menurut Sima Qian, para buruh ini dibunuh demi merahsiakan lokasi dan khazanahnya: "Selepas pengebumian dan penyembunyian hartanya, pintu tengah ditutup dan pintu luar dikunci untuk memenjarakan semua tukang dan buruh agar tiada yang keluar. Pokok-pokok dan rumput ditanam di serata makam untuk menjadikannya kelihatan seperti bukit," tulisnya.
 


Salah Ubat:

Maharaja Qin takut akan kematian dan dikatakan berusaha mencari pelbagai jenis ubat dan penawar – apa sahaja yang menjanjikan vitaliti selama-lamanya. Kononnya, Maharaja Qin telah mengutus 8,000 orang, termasuk pakar herba diraja untuk mencari penawar ajaib. Sementara menungu tonik berkenaan, Maharaja Qin mengambil tablet merkuri. Akibatnya, tabiat itu dikatakan menjadi punca kematian Maharaja Qin pada umur 50 tahun.

Peta Misteri:


Meskipun kubur Maharaja Qin belum digali, tetapi legenda mengatakan bahawa pekerjanya mengukir satu peta kerajaan Qin di lantai. Banyak replika istana, bangunan besar, termasuklah perangkap (busur untuk menembak penceroboh) dikatakan memenuhi ruang makam, sementara batu permata melambangkan langit, dan aliran raksa menggambarkan sumber air kerajaan. 


Penyiasatan moden dapat mengesahkan legenda ini melalui bukti-bukti berkaitan bahan kimia. Pada tahun 2005, satu kajian yang diketuai oleh ahli arkeologi China bernama Duan Chingbo telah mengambil 4,000 sampel dari timbunan tanahnya dan mendapati semua sampel positif dengan kehadiran merkuri.

p/s : Begitulah ceritanya... 

Sumber : Here

Info : Sejarah & Asal Usul Lambang Bintang Bucu Enam Israel (3 Gambar)



Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula.

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s). Apa yang menarik adalah di mimbar ini ada bintang berbucu enam iaitu lambang Israel sekarang. 



Sebenarnya bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.

Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan’an adalah penduduk asal di sini. Lambang Israel

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jati dirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Penduduk Palestin merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .  

Sumber : Here

OMG : Aksi Berani Mati Jadi Hobi Remaja Rusia (12 Gambar)


Banyak aksi-aksi sukan yang menggayatkan seperti terjunan udara dari bangunan yang tinggi dengan menggunakan alat tertentu dan merupakan sukan ekstrem yang sangat mencabar. Tetapi lain yang dilakukan dua orang remaja Russia, Vitaly Raskalov dan Alexander Remnov. Mereka melakukan aksi merbahaya yang mungkin boleh membawa maut tetapi merupakan sesuatu yang memuaskan.

Skywalking, merupakan sukan ekstrem yang popular di kalangan remaja di Russia. Mereka memanjat bangunan pencakar langit dan melakukan aksi merbahaya tanpa sebarang bantuan alat keselamatan. Foto aksi-aksi itu diambil untuk dijadikan sajian panorama yang menakutkan dalam blog milik mereka. Memang tidak wajar pada pandangan masyarakat kerana aksi ngeri seperti ini sangat merbahaya, apa lagi tanpa bantuan sebarang alat keselamatan.



p/s : Hati kering... 

Sumber : Here

Cool : Tin Minuman Soda Versi Angry Birds Kini Di Pasaran (8 Gambar)

Tin Minuman Soda Versi Angry Birds Kini Di Pasaran.
Ada ke orang nak beli ni?