Saturday, 12 January 2013

Cool : Ikan Yang Boleh Memanjat Air Terjun Menggunakan Mulut (3 Gambar)


VIVAnews - Para penyelidik telah menemui sejenis spesies ikan yang berperilaku unik di Hawaii, Amerika Syarikat. Ikan kecil ini dikatakan mampu memanjat air terjun setinggi 100 meter dengan hanya menggunakan mulutnya.

Seperti dilapor laman web LiveScience, Isnin, 7 Januari 2013, spesies ikan ini dinamakan Gobi Nopoli Rock Climbing atau Sicyopterus stimpsoni. Ikan ini memanjat dengan menekapkan mulutnya pada permukaan batuan dan memindahkan badannya secara perlahan-lahan.

Menurut Richard Blob, Penyelidik Evolusi Biomechanist dari Clemson University di South Carolina, ikan yang berukuran sepanjang 18 cm ini menggunakan kekuatan rahang untuk menempelkan mulutnya pada permukaan batu untuk mengikis makanan.

"Selain untuk makan, mulutnya digunakan juga untuk mendaki. Ini adalah salah satu bentuk evolusi perilaku dari seekor haiwan ketika mencari makanan," kata Blob.

Untuk membuktikan sama ada ikan ini benar-benar mendaki menggunakan mulutnya, para penyelidik menangkap ikan Gobi Nopoli Rock Climbing dan meletakkannya di dalam akuarium. Mereka sempat merakam kekuatan rahang ikan Gobi ketika menempelkan mulutnya di sisi akurium dan memanjatnya untuk mendapatkan makanan.

"Perilaku ini belum jelas tujuannya, sama ada kegiatan makannya disesuaikan untuk mendaki, atau sebaliknya," tambah Blob lagi.

Ketika ini para penyelidik sedang mengumpulkan spesies ikan Gobi lain yang berasal dari Karibia untuk mengetahui urutan dari evolusi perilaku ekstrim ikan ini. Hasil dari penelitian ini telah diterbitkan pada Jurnal Online Plus One pada 4 Januari yang lalu.





p/s : Hebat ikan ni... Subhanallah.. 

Sumber : Here

12 comments:

  1. ini ikan belacak bukit ...kat kampung aku pon ade ...aaapaaraaaa....

    aku 1st ..hehe

    ReplyDelete
  2. ikan ni xhebat,tapi ALLAH sebagai penciptanya yang hebat..subhanallah

    ReplyDelete
  3. ikan ni hebat sbb Allah yg maha hebat ciptakannya...aaapppaarraaaaaa

    ReplyDelete
  4. kesian dorang orang hawaii ni..ketinggalan tentang ikan ni

    -billy fecren

    ReplyDelete
  5. ni ikan karin ni kt kg aq punye la byk time aq kanak2 dl..skrg ni per mende udah pupus..

    ReplyDelete
  6. La islam rupanye admin ni. Ingtkan kristian
    Sblm2 ni byk pos bnda2 unsur lucah
    Tp klau da sedar bguslah
    Amin..

    ReplyDelete
  7. lucah2 pn ko jugak yg tengok... Tukaq kerajaan

    ReplyDelete
  8. tukar palo hotok hanq!

    ReplyDelete
  9. terbaik .. harga yang berpatutan .. :D

    http://ohdakwah.blogspot.com/

    ReplyDelete