Thursday, 5 December 2013

Serius : Budak 12 Tahun Menyebabkan Amah Mengandung? (Gambar)


Dubai – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang dihukum penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan amahnya sehingga menyebabkan wanita itu mengandung, telah dibebaskan oleh mahkamah.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah rayuan mendapati wanita itu sengaja mereka-reka cerita berkenaan bagi mengelakkan dia daripada dihantar pulang ke negaranya di Ethiopia.


Dengan membuat cerita bahawa dia mengandung, wanita berusia 28 tahun tersebut telah memeras ugut keluarga berkenaan.


Dia sebelum ini mendakwa telah mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali iaitu di rumah majikannya di Ajman dan di sebuah bilik hotel, pada bulan April dan Jun lalu. Budak itu didakwa masuk ke bilik amah tersebut dan membuka baju wanita berkenaan sebelum mengadakan hubungan seks.


Selepas mengetahui bahawa wanita itu mengandung, majikannya telah membawa pembantu rumah mereka ke hospital dan dia melahirkan anak pada Februari lalu.
Selepas kes itu dibawa ke mahkamah, amah terbabit bersama budak lelaki itu telah dihukum penjara 6 bulan.


Amah berkenaan akan dihantar pulang ke negaranya selepas dia menamatkan tempoh hukuman di penjara.


Ketika mengemukakan rayuan, peguam budak tersebut berkata adalah mustahil bagi budak itu untuk menempah bilik hotel hanya semata-mata untuk mengadakan seks dengan pembantu rumahnya. 


“Adalah jelas bahawa pembantu rumah ini melakukan seks dengan pihak ketiga, namun menuduh anak guam saya melakukannya hanya disebabkan wanita itu bergaduh dengan abang kepada anak guam saya ini,’’ katanya.

Sumber : Here

11 comments:

  1. kesian budak tu,xtau pape kena pnjara gitu je

    ReplyDelete
  2. skrg ni mcm2 boleh jadi.

    1. mungkin amah tu yg bersalah. dia besar, budak tu masih budak. dia syok main + makan gaji buta, part yg kena tanggung.. budak tu yg dipersalahkan.

    2. mungkin juga budak yg yg bersalah. dia anak bos, dpan family dia pijak semut pun x mati, tapi bila berdua, dia susah nk caya sbb dia bdak bawah umur. Tapi takkan la amah yg dah besar tu x mampu lawan, bukti bergambar, cctv at least buat laporan polis/gi pejabat kedutaan?

    3. dua2 salah. duit boleh beli apa saja.


    Game tebus DUIT SEBENAR --> www.marketglory.com/strategygame/taophique

    ReplyDelete
  3. jgn nk andai bkn2..bodoh nyer orang melayu

    ReplyDelete
  4. mesti budak tu berketurnan arab... org arab nie mcm nafsu agak syial sket...

    ReplyDelete
  5. apa anon 15:29 ni cakap mcm kimak dia aja?

    ReplyDelete
  6. sbb tu la ada 3 perkara, btw lawak giler baca komen korg. free2 dpt bonus pahala.

    ReplyDelete
  7. umah melayu di malaysia juga tak kurang hebat, budak 11 tahun meniduri budak 6 tahun di rumah asuhan.
    -ameba

    ReplyDelete
  8. inilah bahaya fitnah!!!

    ReplyDelete
  9. 12 tahun mana ada sperm lagi, Amah tu dah sah-sah main dgn orang lain!

    ReplyDelete
  10. maaf saya kehabisan sperm.
    kena tunggu jam 3 pagi ni sperm baru nak membiak
    -ameba

    ReplyDelete