Tuesday, 8 October 2013

WTF : Kesilapan Membina Pangsapuri Di Tengah Jalan Raya Di China (4 Gambar)


Kesilapan para pegawai di China telah memaksa sebuah lebuh raya baru dipotong menjadi separuh selepas mereka secara tidak sengaja meluluskan pembinaan sebuah bangunan pangsapuri di jalan yang telah dicadangkan pembinaannya sebelum menyedari ia menelan kos terlalu tinggi untuk memindahkan penyewa.

Pekerja pembinaan terpaksa 'memotong' lebuh raya lapan lorong menjadi kepada empat lorong dan seterusnya meninggalkan penduduk yang marah terperangkap di tengah-tengah jalan raya yang sibuk.

Penyewa yang menetap di bangunan itu baru sahaja berpindah dari rumah mereka sebelum ini untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah taman dan enggan berpindah lagi kecuali mereka diberi pampasan.

Oleh itu, pihak majlis bandaraya tempatan memutuskan untuk menjimatkan kos dengan meninggalkan bangunan pangsapuri itu di tempatnya.

Penduduk, Shing Su yang tinggal di blok di Xi'an, wilayah Shaanxi di barat China, berkata: "Kami semua pernah tinggal di kawasan lain di mana mereka telah merancang untuk membina Taman Warisan Negara Daming dan mereka berjanji untuk memberi penempatan kami yang baru, blok pangsapuri moden, jadi kami berakhir di sini."

"Tetapi, kami telah berada di sini selama beberapa bulan apabila mereka mendapati bahawa mereka telah terlebih membina sebuah blok bangunan, dan ia sepatutnya menjadi tapak bagi lebuh raya yang baru."

Pihak majlis kemudiannya memulakan rundingan dengan pihak penyewa, namun dengan keadaan rumah yang baru dan moden, mereka mahukan lebih bayaran pampasan. Selepas beberapa bulan rundingan gagal, pihak majlis berputus asa dan akhirnya membina lebuh raya di sekitar bangunan itu.

Walaubagaimana pun, jalan raya yang dibina hanya membuang masa dan wang kerana ia masih gagal untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.

Encik Shing menambah: "Kami tidak selesa tinggal dalam keadaan seperti terperangkap di tengah-tengah lebuh raya yang selebar 60 meter itu, tetapi lama-kelamaan, saya semakin biasa dengannya."

"Jika mereka membuat tawaran yang lebih baik, kebanyakkan penduduk akan berpindah keluar, tetapi ia sukar kerana kami baru sahaja berpindah ke sini dan kemudian di suruh berpindah keluar pula."


Sumber : Here

8 comments: