Tuesday, 20 August 2013

Serius : [Video] Model iPhone Terbaru, iPhone 5C Dibocorkan Di Internet


Disebarkan oleh orang dalam iaitu Sonny Dickson, video berkenaan telah melakukan perbandingan pantas antara iPhone 5 yang sedia ada di pasaran dan iPhone 5C berkos rendah yang tidak lama lagi akan dikeluarkan .

Pada hari Sabtu lalu, satu laporan daripada dokumen "All Things D" yang dinamakan "sumber" menyatakan bahawa Apple merancang tarikh 10 September ini bagi mengumumkan iPhone 5 baru itu. Kita, kita sudah pun boleh melihat imej video gajet berkenaan.

Video yang disebarkan  ini hampir senyap sepenuhnya dengan tiada sebarang perkataan yang disebut. Video ini juga menunjukkan bekas atau 'cover' baru bersebelahan dengan beberapa buah iPhone model lama dan ia juga menyediakan perbandingan anatara satu sama lain dengan iPhone 5 semasa.

iPhone 5C muncul dengan menjadi sedikit tinggi dan lebih tebal daripada iPhone 5 termasuk iPhone 5S yang bakal dikeluarkan - termasuk ciri-ciri spesifikasi yang dilaporkan lebih sederhana.

Perdebatan turut berlaku sama ada mahu menggunakan skrin yang lebih besar atau tidak. Ramai penganalisis dan pengguna berpegang dengan konsep "nipis yang cantik." iPhone 5C seolah-olah menandakan ia terlepas dari konsep pemikiran itu.

Selain itu, khabar angin turut menyatakan bahawa model iPhone 5C adalah lebih murah berbanding model iPhone lainnya di samping memaparkan bekas (cover) plastik dengan pilihan warna yang berbeza.

iPhone baru ini dijangka akan memenuhi rak-rak di kedai telefon dalam masa cuti akan datang ini. iPhone 5C turut dijangka akan mempunyai ciri-ciri set perkakas yang lebih murah bagi mengurangkan kos runcit untuk gajet berkenaan.

Turut dilaporkan, pihak Apple merancang untuk melancarkan model murah ini bermula dari US$ 99. Walaupun mempunyai ciri-ciri perkakas yang lebih rendah, iPhone 'bajet' ini berkemungkinan akan menggunakan IOS 7.

Ini bermakna, iPhone 5C mungkin akan beroperasi lebih perlahan berbanding iPhone 5S yang akan datang tetapi ia masih akan menjalankan kebanyakan aplikasi yang sama tanpa sebarang masalah.

Walaubagaimana pun, masih belum diketahui apa ciri-ciri Apple yang akan dikorbankan untuk membuat telefon ini lebih berpatutan. Kebanyakan penganalisis bersetuju bahawa "Siri" boleh ditinggalkan untuk mencapai objektif harga berkenaan. Dari segi spesifikasi, telefon ini dijangka akan dilengkapi dengan 8 MP kamera belakang, 1 GB RAM dan variasi memori sebanyak 8, 16, 32 dan 64 GB.

Huruf "C" dalam iPhone 5 model baru ini dipercayai memberi maksud "Warna" kerana gajet ini datang dengan pelbagai pilihan warna yang akan diumumkan pada 10 September depan. Apple dijangka akan menawarkan iPhone 5C dalam sekurang-kurangnya lima jenis warna awal yang berlainan, lapor Inquisitr.


Sumber : Here

8 comments:

  1. 1st !! Yearh!!

    ReplyDelete
  2. Guhf ngf sfhigy dewc ig8gd xdfjgi. Ufjcuf?

    ReplyDelete
  3. riot? model bangang mcm ni pun nak riot? kah kah kah! abah kau!

    ReplyDelete
  4. Nama akak Nicole Caroline.Akak nak tanya sikit..apa beza Alcatel dengan iPhone 5C??

    ReplyDelete
  5. Harga dye tak lebih dari RM900 kut..agak2nya laa

    ReplyDelete