Monday 15 July 2013

OMG : Meja Beralun Seperti Air Berharga Setengah Juta Dari Zaha Hadid (5 Gambar)


Jika anda selalu mengikuti perkembangan senibina (architecture), Zaha Hadid adalah merupakan nama yang tidak asing lagi.

Merupakan pemenang wanita pertama bagi Pritzker Architecture Prize bagi tahun 2004 dan Stirling Prize pada 2010 dan 2011, kebanyakan hasil senibina beliau berkisarkan konsep moden dan futuristik.

Baru-baru ini, rekaan meja yang diberi nama 'Liquid Glacial Table' beliau telah dicalonkan dalam kategori Designs of the Year 2013 yang dianjurkan oleh Design Museum London.

Meja yang diperbuat daripada bahan acrylic resin ini memang sangat unik dan menarik. Permukaannya sangat licin dan jernih dan ianya direka bentuk seolah-olah seperti terdapat riak-riak air yang beralun di bawah permukaan meja tersebut. Meja yang dilancarkan sendiri oleh Zaha Hadid pada Mac tahun lalu ini diperbuat handmade dari Itali.

Ianya memang kelihatan sangat cantik, elegan dan ringkas tanpa elemen tambahan yang berlebih-lebihan. Cuma mungkin yang kurang bestnya ialah harganya yang sangat mahal iaitu kira-kira US Dollar 160,000 (RM 487,000), dekat-dekat setengah juta juga untuk sebuah meja.


Sumber : Here

7 comments:

  1. Mahal bebeno laa haii...

    ReplyDelete
  2. NK MKN MEJA KE NK MKN MKNN

    ReplyDelete
  3. beli rumah lagi bagus -,-

    ReplyDelete
  4. cantik... ni kena insurankan meja ni... kalau pecah tak de laaa rugi...
    -Ninja3

    ReplyDelete