Wednesday 24 July 2013

Hebat : Cecair Pemadam Kebakaran Tanpa Menyebabkan Kebasahan (3 Gambar)


Cecair unik ini dikenali sebagai "Novec 1230" dan digunakan khusus untuk memadamkan kebakaran. Walau pun ia merupakan cecair, namun ia tidak akan menyebabkan sebarang kesan basah apabila digunakan berbeza dengan sifat air yang sebenar.

Novec 1230 ini merupakan agen pemadam kebakaran yang moden bagi menggantikan penggunaan air. Hal ini bagi menjamin kesan yang lebih praktikal dan selamat sekiranya kebakaran berlaku di tempat-tempat seperti bank, muzium, bangunan pejabat dan hospital, serta mengelakkan sebarang kerosakkan pada peralatan yang mahal.

Cecair ini juga tidak memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar terutamanya pada lapisan ozon (ODP 0) dan juga kepada kesihatan manusia. Jadi, sekiranya berlaku kebakaran di pejabat anda, usah risau pada barangan elektronik yang anda tinggalkan kerana ia dijamin tidak akan terjejas dengan penggunaan cecair ini.




Sumber : Here

10 comments: