Thursday, 4 April 2013

Superb : Teknologi Komputer Dalam Filem Iron Man Menjadi Kenyataan (3 Gambar)


Dalam filem, memanipulasi data digital sering kelihatan hebat berbanding dalam kehidupan sebenar, di mana terdapat paparan interaktif graphik dan bentuk 3D yang kelihatan terapung-apung dan boleh disentuh dengan tangan.

Dengan projek komputer seperti komputer desktop SpaceTop 3D ini mungkin akan merealisasikan kehidupan di dalam filem ke kehidupan sebenar. Sistem komputer ini akan membenarkan manusia untuk berinteraksi dengan kandungan digital dalam cara yang intuitif yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Ssitem ini akan mempunyai paparan LED yang telus dan beberapa jenis kamera yang akan mengikut pergerakan mata dan tangan. Pengguna hanya perlu menggunakan tangan seperti biasa untuk menggunakan papan kekunci. Namun, terima kasih pada kamera, pengguna juga boleh mencapai tahap di mana tangan boleh "memegang dan menyentuh" model graphik 3D yang ingin diperbetulkan.

Komputer yang dikenali sebagai The SpaceTop 3D ini telah dibangunkan oleh Lee Jinha, seorang penyelidik interaksi dan juga seorang calon PhD di MIT. Interaksi adalah novel tetapi intuitif, membenarkan pengguna untuk "mengambil" dan mengerakkan objek digital  di udara. 


Walaupun terdapat beberapa kesan ketara yang akan menimbulkan masalah pada pengguna, Lee dan penaja projek ini berharap akan menyelesaikan masalah tersebut sebelum komputer ini boleh dijual kepada umum. 



p/s : Superb...

Sumber : Here

6 comments: