RAMAI tidak menyedari bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebenarnya
telah giat membangunkan skuadron Unmanned Aerial Vehicle atau UAV untuk
tujuan ketenteraan sejak tahun 2002 lagi.
Bermula dengan pesawat dwi fungsi Eagle ARV (Air Reconnaissance Vehicle)
buatan syarikat tempatan CTRM Composite, sehinggalah terbaru dari jenis
ALUDRA MK1 (Alliance Unmanned Developmental Research Aircraft) yang
penulis percaya digunakan secara meluas dalam Ops Daulat sekarang.
Penulis tidak pasti dengan nasib 3 pesawat Eagle ARV yang dioperasikan
oleh TUDM sekarang. Tapi khabarnya kesemua pesawat tersebut tidak lagi
digunakan setelah platform UAV yang lebih stabil seperti ALUDRA
dihasilkan.
ALUDRA dikeluarkan oleh konsortium UST yang ditubuhkan kerajaan Malaysia
pada 2007 khusus untuk membangunkan UAV nasional yang pertama dengan
menggunakan teknologi tempatan sepenuhnya.
UST menggabungkan kepakaran 3 syarikat tempatan yang giat membangunkan
teknologi UAV di negara ini seperti CTRM, SCS dan Ikramatic – untuk
sistem panduan dan kawalan.
Sebuah lagi syarikat yang terlibat dalam pembangunan UAV di negara kita
ialah Sapura Technologies. Tapi pembangunan UAV oleh syarikat ini
khabarnya dikhususkan untuk pasukan Polis Diraja Malaysia sahaja. Ada
laporan mengatakan beberapa pesawat UAV keluaran Sapura, digunakan untuk
mengawal peserta rusuhan Bersih 3.0 yang lepas.
Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan ke atas sistem ALUDRA Mk1 ini
terutama enjin yang mampu bertahan dalam persekitaran mudah karat di
kawasan perairan, kamera yang lebih baik, sensor serta lain-lain, tapi
sekurang-kurangnya ATM sudah mempunyai platform UAV di tahap operasi
yang boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan.
Selain ALUDRA Mk1, negara juga mempunyai beberapa jenis pesawat UAV yang
lain seperti Nyamuk, Intisar 100 & 300, Aludra SR-08, Agas dan
lain-lain lagi. Tahap operasi kesemua UAV ini dan skuadron mana yang
mengoperasikannya, masih tidak dapat dipastikan.
Kerjasama dalam pembangunan UAV tempatan ini, dijangka akan membantu
negara dalam penghasilan Tactical Unmanned Arial Vehicle (TUAV) pula.
Berbeza dengan pesawat UAV, pesawat dalam kategori TUAV, mampu membawa
peluru berpandu udara ke permukaan seperti Hellfire, bom pintar dan
sebagainya.
Pembangunan TUAV ini penting setelah penulis melihat kejayaan sistem
ALUDRA mengenalpasti lokasi musuh di kubu pertahanan mereka sepanjang
Ops Daulat berlangsung.
Penulis membayangkan keadaan berbeza kalau lokasi yang telah dikenal
pasti tersebut dapat diserang terlebih dahulu menggunakan pesawat TUAV.
Sumber : Here
cooolll
ReplyDeletehottttttt
ReplyDeletecool...tp jgn la tunjuk kt sni..ni kan rhsia ngara..sowi lau ade yg terambek ati
ReplyDeletekena tunjuk sikit2 supaya musuh pikir 2 kali nak serang...mcm amerika laknat gak, saja tunjuk rahsia aset tentera supaya rusia tau kekuatan amerika
ReplyDeleteBtol.,tuk kslmtn negara..
ReplyDeletedua2 pendapat boleh pakai owesome, semua sayang malasia. alhamdulillah kita muda walau kita tak lalui perang dahulu tetapi kita tetap sayang malaysia. :)
ReplyDeleteqwd
ReplyDelete"Malingsia dasar pencuri" confirm org indon akan cakap macam ni bila diorang tgk post ni xD
ReplyDelete