LAHAD DATU — Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di
Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas
gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu
kumpulan penceroboh di kampung itu semalam.
Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam
kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi
ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata
sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang
ditutup dengan kepingan papan.
Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan
diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah
kubur.
Serentak itu, Ahmad Zahid membidas sikap media sosial yang
memperlekehkan barisan hadapan pasukan keselamatan kononnya ia adalah
sandiwara.
“Gambar-gambar ini menunjukkan pasukan keselamatan kita mempunyai
kebolehan yang tinggi dalam menjalankan operasi ini. Ia bukan
sandiwara,” katanya.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, berlaku dua pertempuran di
sekitar kampung berkenaan ketika anggota tentera dan polis menjalankan
operasi susulan dan penggeledahan.
“Pada 6.45 pagi tadi pasukan kita telah bertempur dengan pasukan
penceroboh dan pasukan keselamatan kita menembak mati seorang anggota
kumpulan penceroboh itu.
“Pada 1.45 tengah hari pasukan forensik kita diserang kumpulan
penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan kubur di mana mayat
anggota mereka ditanam di kawasan kampung itu,” katanya yang mengesahkan
tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera.
Beliau berkata operasi bersama polis dan tentera itu turut menemui
pelbagai senjata api milik kumpulan pengganas rakyat asing itu. ialah
gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika memeriksa sebuah
kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan.
Sumber : here
I love BN...
ReplyDeleteI hate BN
ReplyDeletepenceroboh2 tu sebenarny adalah penduduk bangsa sulu yg diberi ic oleh org2 umno....
ReplyDelete13+12.... where.the resttttt 170 more???
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteangkara anwar 8 nyawa polis melayang.... tahniah... sila rujuk reuters n media antarabangsa...jgn tgk harakah semata2....rosak otak...hahaha
ReplyDeletevideo http://www.youtube.com/watch?v=BqMPL2aDSQY&feature=youtu.be
ReplyDeletebawah ni sume kaki lancap
ReplyDeleteini kalilah...xpyh tuding menuding antara 1 sma lain..yg pnting kta prthan tnah air kita dpd pnceroboh asing..ini la kbodohan kita,saling pntingkn diri sndiri smpai org asing ambil ksmpatan..
ReplyDeleteIni semua poyo !
ReplyDeletehahaha..."org umno bg ic kt dorang".. bodoh ko ni!!
ReplyDeleteaku urang sabah..mmg betol pemimpin bn bg IC sama deurang.. di sabah mmg banyak pndatang yg dapat IC secara percuma.. nak pula bila dekat dgn pilihanraya.. tanya sama urang2 sabah.. kami lebih tahu keadaan negeri kami
ReplyDeletebelajarlah dari sejarah bagaimana negara2 boleh tumbang, bukan disebabkan kalah senjata, tetapi rakyat tidak bersatu padu
ReplyDeleteBetul la, dekat 500,000 keping IC diberi secara percuma kepada orang Filipina dan Indonesia. Kalau tak caye, search la kes ni.
ReplyDeletebetul2x..ic mmg free..yg blegar2 kat sabah tu buat hal kbnykn nya plipin n indon ada ic.. tp slalunya ic dorg ada tmt tempoh..haha
ReplyDeleteyep btul tu aku juga org sabah, pilipin dan indon sini dlu klu nak ic kena bayar 3000-5000 baru boleh dpt tp 3 thn lalu smua pilipin dan indon dpt ic free..lagi2 msa pilihan raya ramai dari suku sakat BN turun kg bgi org2 kg duit tuk undi umno/bn..di beaufort plak setiap jabatan guru dan org2 yg undi umno/bn diberi laptop kecil. sprti baru2 nie sblm insiden kat lahad datu..dato najib dan rosmah mansur dtg ke beaufort kononnye untuk melawat org disabah daerah beaufort. ramai yg berduyun dtg ke perhimpunan tersebut, ada yg seawal jam 6 sdh stand by tgu kat tapak perhimpunan, sb apa? sb setiap kali piliharan raya dato najib dan rosmah akan dtg tuk berikan laptop notebook pda sepa2 yg undi umno/bn. siapa2 yg tgl di daerah beaufort sabah mmg untung la..kakak spupu aku masuk thn nie da 3 laptop dia dpt dri najib&rosmah..daerah lain cuma diberikan duit 100-200 je.
ReplyDeleteCube bg contoh no ic sapa2 yg dpt free tu, meh aku check. Ada x, ke main ckp je apa org lain ckp??
DeleteBenda btol... Klu ko nk bukti n kesahihan cter ko g tny tun Dr tuh...
Deletecuba tgk gambar mayat betul2..... baju & sluar smua biru..... kasut but..... sarung tgn..... mcm polis
ReplyDeleteKo nk ckp apa sbnrnya?
Deleteaku musykil+khuatir tgk gmbor di atas..ape2 pon doakan yg terbaik..kalo dorg nk mnipu..tpulang..kte yg xtau ujung pangkal..jgn jd bodoh komen pastu gaduh sesame sendiri..masing2 aku rase org ISLAM kan..jgn sbb politik je gaduh pastu letak agama ke tepi..Nauzubillah
ReplyDeletekalo dalam hati tu dah tertanam perasaan tak puas ati, ape saje yg kerajaan bwt mmang jadi tak btl...
ReplyDelete