Tuesday 26 February 2013

Serius : Ditangkap Kerana Rancang Musnahkan Kilang Membuat "Vodka Allah" (3 Gambar)


AQTOBE, Kazakhstan - Sebuah mahkamah yang terletak di sebuah bandar di barat laut Aqtobe, Kazakhstan telah menghukum 3 orang lelaki muda dengan menyabitkan mereka dengan kesalahan cubaan merancang untuk meletupkan kilang minuman keras tempatan yang dikatakan "menghina Islam".

Ketiga-tiga mereka telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 ke 5 tahun bermula Selasa lalu.

Pada tahun lepas, pengarah kilang minuman keras berkenaan terpaksa meminta maaf kerana mencetak slogan "Kuasa Allah cukup untuk semua" dalam bahasa Arab pada penutup botol vodka keluaran syarikat berkenaan.

Permohonan maaf itu telah dibuat selepas golongan ulama Kazakhstan membantah dan mengutuk inskripsi pada penutup botol vodka tersebut kerana umat Islam adalah dilarang sama sekali daripada meminum minuman yang beralkohol.

Mereka yang tertuduh berusia dalam lingkungan usia 17, 18 dan 19 tahun walaubagaimana pun tidak mengaku bersalah atas dakwaan tersebut.

Ahli keluarga mereka berkata kepada akhbar RFE/RL bahawa ketiga-tiga mereka telah diperangkap oleh ejen perkhidmatan keselamatan yang menyamar.




p/s : Demi agama tercinta..

Sumber : Here

8 comments:

  1. Masyallah!!! kan senang kalau orang yang buat kalimah kat botol arak yg masuk penjara, bukan budak2 laki tu

    ReplyDelete
  2. ni la dunia akhir zaman..org y mnegakkan agama Allah d katakan melakukan jenayah dan yang mnghina Allah sbg org ya baik..

    ReplyDelete
  3. dunia ada syurga bg org kafir/fasik dan neraka bg org yg beramal soleh...apa yg kite impikan adalah syuga di akhirat nnt...

    ReplyDelete
  4. Akan bangkitnya 'khilafah' dimuka bumi allah utk seluruh umat islam. ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA2NYA!!!!

    ReplyDelete
  5. Ini akan terjadi sekiranya kalimah Allah dpt digunakan oleh agama kristian di Malaysia, mungkin lg teruk dari ni...

    ReplyDelete
  6. Mcm pembangkang la sng2 bg org bkn islam guna kalimah allah dlm bible..da tentu2 salah,pon masih nk tgk kn ag ke..

    ReplyDelete
  7. melayu bangang memang tak sedar diri...kaki mabuk,kaki rasuah

    ReplyDelete
  8. mne ko tau da tentu2 salah?dh abis kaji quran dan sunnah?jgn men ckp je psl hukum hakam ni..kne kaji btul2 dlu..

    ReplyDelete