Friday, 1 February 2013

Kesian : Nanah Dan Darah Menjadi Teman Seharian (Gambar)


PASIR MAS – Siapa sanggup melihat apabila seseorang mengerang kesakitan, ditambah matanya tersembul dan berdarah tanpa mengira masa. Namun itu penderitaan terpaksa ditanggung seorang remaja berusia 19 tahun di sini.

Ibunya, Rohani Abdullah, 58, berkata, dua hari selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu, anaknya, Shafiq pengsan kerana buah pinggangnya pecah.

Kesan daripada itu, Rohani berkata, kuman menyerang tulang belakang sehingga menyebabkan anaknya tidak mampu berdiri dan berjalan.

“Lama-kelamaan, ia menyerang kepala sehingga menolak saraf dan mata kanan sehingga terkeluar daripada tengkorak.

“Shafiq mengerang kesakitan hampir setiap jam, malah nanah serta darah di matanya akan memenuhi pipi.

“Selepas diperiksa, doktor memaklumkan Shafiq juga mempunyai penyakit barah tulang sehingga menyebabkannya kurus seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian.

Rohani berkata, anak bongsu daripada sembilan beradik ini, hanya makan roti untuk mengalas perut kerana tidak mampu menahan sakit setiap kali mengunyah.

Sementara itu, Penyelaras Dun Pengkalan Pasir, Abd Aziz Mohammad berkata, pihaknya memanjangkan bantuan kepada pihak kebajikan dan ia akan diluluskan dalam masa terdekat.

“Bantuan kewangan ini juga akan meringankan beban keluarga, untuk membawa Shafiq ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tiga kali seminggu.

“Kita turut mengusahakan untuk mendapatkan katil bagi keperluan Shafiq agar memudahkan ibunya menukar tiub saluran kencing,” katanya.

p/s : Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberikan kesihatan... 

Sumber : Here

10 comments:

  1. ya Allah kau berikanlah nikmat kesihatan pd kami,khususnya budak ni.

    ReplyDelete
  2. mr fapson lak hidup bertemankan lendir dan mani........

    ReplyDelete
  3. x nk tukaq kerajaan ke? wakakaakaaa

    ReplyDelete
  4. klau ada yg cakap budak ni sakit sebab bn memerintah, memang bodohlah.....nanti kena betul2 kat org yg komen tu, baru padan muka kau.......

    ReplyDelete
  5. NK TGK ADA X ORG YG KURG DIDIKAN, KOMEN sruh tukar krjaan.
    kalau ada mmg xtau nk ckap pe

    ReplyDelete
  6. mana mamat yg selalu suh tukaq kerajaan tuh?? x nk suh tukaq kerajaan kelantan ni ka? ni la cacai PR klau tang salah org sume terjerit2, tp klau kat slh lat tpt dia memerintah wat tak tau je. ni la blasan bila terlalu pndng negatif kat org lain.kn btng idung sendiri..senyap.ni bkn nk politik kan kisah syafiq, tp cuma nk btau kn mamat tu, klau kita buat org, Allah akan balas kat kita..

    ReplyDelete
  7. Benda ni berlaku di kelantan. Tapi tetap salah UMNO-BN! Tukaq kerajaan!

    ReplyDelete
  8. Dah org tu x tulis tukaq kerajaan kita diam2 sudah.. Xyah dok sebot2 psal tu... Ni tidak... Dok bgkitkn smangt dia lg nk mnulis...

    ReplyDelete