Wednesday, 20 February 2013

Info : Sajak Untuk Nabi Muhammad S.A.W Daripada Maharaja China (4 Gambar)


Percaya atau tidak, seorang maharaja yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw sembilan abad yang lampau.

Maharaja yang dikenali sebagai Maharaja Hongwu(1328-1398) adalah pengasas kepada Dinasti Ming yang mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun. Maharaja Hongwu terkenal sebagai maharaja yang bertolenrasi terhadap agama terutama agama Islam.

Baginda tidak pernah melarang ajaran Islam tersebar di wilayah jajahannya bahkan pernah bertitah supaya mendirikan beberapa masjid bagi memudahkan umat Islam beribadat. Antara masjid yang ‘mendapat’ jasa bakti daripada Maharaja Hongwu adalah di Yunnan, Nanjing, Guangdong dan Fujian.



Panglima-panglima Muslim

Baginda dipercayai memiliki beberapa pegawai Istana yang beragama Islam. Maharaja Hongwu begitu mempercayai pegawai-pegawai Istana ini. Antaranya adalah

Chang Yuchun(1330-1369)

Chang Yuchun adalah panglima kepada Maharaja Hongwu yang paling dipercayainya. Dikenali sebagai ‘Chang Ten Thousand’ kerana kehebatan dan ketangkasan beliau di medan perang menyamai 10,000 tentera. Beliau meninggal dunia semasa Maharaja Hongwu baru sahaja mengasaskan Dinasti Ming. Kematian panglima kesayangan baginda itu menyebabkan baginda menulis sebuah sajak khas yang mengambarkan kesedihan baginda.

Lan Yu(meninggal dunia pada 1393)

Salah seorang panglima Maharaja Hongwu dan juga adik lelaki kepada isteri panglima Chang Yuchun. Lan Yu terkenal dalam sejarah Dinasti Ming sebagai seorang pemberontak apabila cuba merampas kuasa melalui pengaruh putera mahkota. Lan Yu dihukum mati dan lebih 15,000 pengikut setianya turut sama dihukum.

Mu Ying(1345-1392)

Mu Ying dianggap antara panglima kesayangan Maharaja Hongwu. Beliau adalah anak angkat kepada Maharaja Hongwu. Mu Ying ditugaskan oleh Maharaja Hongwu untuk mempertahankan wilayah Yunnan daripada ancaman musuh. Sehingga ke akhir kejatuhan Dinasti Ming, keluarga Mu Ying masih lagi ditugaskan di wilayah yang bersempadan dengan Vietnam dan Burma itu.

Hu Dahai(meninggal dunia pada 1362)

Dipercayai mempunyai darah Parsi dan China. Hu Dahai adalah panglima yang sangat berkebolehan. Miskipun dikenali sebagai seorang yang tidak pandai membaca namun beliau mampu memimpin tentera beliau dengan hebat. Beliau pernah berkata, “Tentera aku tidak mampu menulis, namun mereka hanya tahu tiga tugas; tidak membunuh atau berkelakuan ganas pada kanak-kanak dan wanita dan tidak membakar rumah dan bangsal”. Beliau meninggal dunia selepas disabotaj oleh musuh ketatnya, puak Miao.

Maharani Ma

Menurut beberapa sumber, isteri kesayangan Maharaja HongWu iaitu Maharani Ma(1333-1382) juga beragama Islam melalui susur-galur keturunan daripada Asia Tengah. Kajian daripada Perpustakaan Oriental di University of Colombia, AS menyatakan keturunan Maharani Ma berkemungkinan besar berhijrah secara besar-besar daripada Asia Tengah ke Tanah Besar China semasa pemerintah Dinasti Song sekitar tahun 961 Masihi. Menurut rekod Ming Shi pula, bapa kandungnya adalah Lord Ma iaitu seorang pemimpin daripada Shuzhou yang kemudiannya berhijrah ke Anhui semasa lewat pemerintahan Dinasti Yuan selepas kejadian pembunuhan. Ibu kandung Maharani Ma meninggal dunia ketika beliau masih lagi kecil.

Semasa berada di perantauan, Lord Ma berkenalan dengan seorang lagi panglima muslim yang dikenali Guo Zhixin. Guo kemudian menjadi bapa angkat kepada Maharani Ma dan daripada Guo inilah Maharaja HongWu berkenalan dengan Maharani Ma dan seterusnya berumah-tangga. 

Maharani Ma sangat disayangi Maharaja Hongwu sehingga baginda tidak berkahwin lain selepas kematian Maharani Ma pada 1382. Maharani Ma melahirkan seorang anak lelaki yang kemudian menaiki takhta dengan gelaran Maharaja Yongle. Maharaja Yongle adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap perintah peluasan kuasa di seberang laut yang dilaksanakan oleh panglima muslim terkenal, Panglima Zheng He atau Cheng Ho.

Sajak Maharaja China yang telah di translate kan,
The One-Hundred Word Eulogy:

Since the creation of the Universe,

Sejak terciptanya galaksi ini


God had decreed to appoint,

Tuhan telah mengangkat seseorang


This great faith-preaching man,

Satu manusia akhlak beriman


From the West he was born,

Dari barat telah dilahirkan


He received the Holy Scripture,

Baginda menerima wahyu agung


A Book of thirty parts,

Buku yang mengandungi 30 bahagian


To guide all creation,

Untuk membimbing semua makhluk


Master of all Rulers,

Tuan kepada semua raja


Leader of Holy Ones,

Pemimpin 1 yang tersuci


With Support from Above,

dengan bimbingan dari atas


To Protect His Nation,

Untuk melindungi negaranya


With five daily prayers,

Bersama dengan solat 5 waktu


Silently hoping for peace,

Dalam diam mengharap rahmat


His heart towards Allah,

Hatinya lurus kerana Allah


Empowering the poor,

Mengangkat darjat si miskin


Saving them from calamity,

Menyelamatkan mereka dari sengsara


Seeing through the darkness,

Melihat melalui kegelapan


Pulling souls and spirits,

Melalui hadir jiwa & roh


Away from all wrongdoings,

Ma’sum dari salah dan silap


A Mercy to the Worlds,

Rahmat kepada sekalian alam


Traversing the ancient majestic path,

Menyelusuri rahsia yang silam


Vanquishing away all evil,

Memadam segala kejahatan


His Religion Pure and True,

Agamanya Suci dan Benar


Muhammad,

Muhammad



The Noble & Great one.


Yang dihormati lagi terhebat



p/s : Respect... 

Sumber : Here

27 comments:

  1. Subhanallah! Meremang buru roma baca sajak ni! Maharaja ni pon kagun dgn Rasululah s.a.w. kenapa tidak kita?!

    ReplyDelete
  2. wow..memang best...sgt mengagumkan.

    ReplyDelete
  3. maharaja cina ni guna kalimah Allah la..xde sape nk pertikaikan ke?
    tukaq kerajaan

    ReplyDelete
  4. Maharaja china tu islam lah mangkuk

    ReplyDelete
  5. anon 22:11 jgn la cetek sgt akal tu, klu die bukan islam pun bukanny die memburukan agama kite. die memuji..

    ReplyDelete
  6. klau maharaja tu islam xde la die tulis maharaja tu bertoleransi terhadap agama terutama agama islam..cnfrm2 la die mmg amalkan agama islam klau die islam..anon 2234,jd maksudnye boleh la agama lain gne kalimah Allah kan?cme jgn disalahgne je..abistu yg dok memekak pas jual kalimah Allah tu apahal?

    ReplyDelete
  7. ntah mangkuk 2218 ni..ko bce ke x info tu?ke ko trus dtg kat komen ni je?mangkuk

    ReplyDelete
  8. Maaf, cuma bahasa yg digunakan tdk cukup poetic, mgkn sbb tlh ditranslate dr bhs cina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy jga rasa sajak ni palsu... Sila utarakan rujukan..

      Delete
  9. macai bn yg xleh terima kenyataan bahawa zaman dlu org bkn islam boleh guna kalimah Allah lalu mengatakan sajak ini palsu..

    ReplyDelete
  10. macai bn datang...habih depa petikai..hahaha.. jgn jd mcm kat parit buntar oi...macai bn cantas bendera pas...last2 kantoi kna kutip balik.. kahkahkah...macai tetap macai...

    ReplyDelete
  11. nih sekor lagi mamat jiwang...aduhhh semak lah wei!! ko dah putus cnta tu pi la duduk atas railway tu...xpayah buat semak kat sini...nk buat2 ayat touching kat sini bajet awek nk datang balik...mkn kaki la wei..

    ReplyDelete
  12. Fuck la komen2 korang!! Crita pasal Rasulullah plak yg korang nak politik2 kan ni pasai apa??!! Bangang betui..!!! Tulah kalau otak da dok pikir pasai politik ja!! Hayatilah dgn penuh nikmat crita ni, tak pyah nak dok sibuk bpolitik boleh??!! Walau crita ni betul ka atau tak betul, ai menceritakan ttg kemuliaan Rasulullah S.A.W.. xda kena mengena pon dgn politik! STUPID POLITICION.!!

    ReplyDelete
  13. Nmpk.. Kita ni jngn lah nak racist sngt.. Kenapa raja tu suka nabi? Sebab nabi baik dkt semua orng..

    ReplyDelete
  14. Setuju dengan anon 03:19, daripada sibuk cerita pasal politic ni..baik pepagi ni kita panjatkan kesyukuran (Selawat) terhadap Nabi Kesayangan Kita Rasulullah S.A.W..ada gak faedahnya....TAKBIR

    ReplyDelete
  15. sajak kat atas ni tunjuk kte org bkn islam boleh guna kalimah Allah sejak dari dulu lagi..tapi kenapa skrg ni byk dipertikaikan yg pas jual kalimah Allah?

    ReplyDelete
  16. ni komen semua poyoooooooooo~

    ReplyDelete
  17. mazer mohamad tajuk blog cow xsesual kat sini apela la tanda2 perempuan transang apekejadah..

    ReplyDelete
  18. Jangan Libatkan politik boleh tak??bangang tak sudah la korang dgn politik!! Orang citer pasal kebesaran Nabi Muhammad S.A.W dan bukan citer pasal hang punya parti PAS atau BN...fikir la wahai dungu2 politik sekalian...akal dah sempurna sifat,tapi pemikiran cam budak kecik..

    ReplyDelete
  19. maharaja ni islam la, ada kluar kt discovery channel
    tu la org suruh tgk tv tgk bende2cmni.. ini tidak duk sibuk tengok haramke?, brita tvsuku, utusan meroyan..

    ReplyDelete
  20. maharaja ni x samakan Allah dgn yg lain2 tu.. tak mcm puak kristian yg nak sama kan Allah ngan jesus dorg.. korg setuju ke?

    ReplyDelete
  21. mse sajak ni dikeluarkan maharaja ni dh islam ke?tu la nk komen pn buat la kajian dlu..ni men komen je..mcm isu kalimah Allah..kaji la dlu quran dan sunnah boleh ke x..ni men ckp ikut sedap molot je..tv ngan paper ckp xboleh,pcye je bulat2..pgi blaja dgn org alim dlu..

    ReplyDelete
  22. sapa ckp org kristian samakan Allah dgn tuhan jesus?Allah yg menciptakan jesus....jesus adalah anak Allah bagi org kristian. Anon 13:41 sya tidak setuju...sb mcm kmu ni org kurg ilmu dan bebal jerrr...

    ReplyDelete
  23. anon 2337 baca komen 0319 supaya kamu tau bezakan politik n agama..harap maklum

    ReplyDelete
  24. subhanallah..kagum aku bc sajak ni..per la ex PM m'sia dahulu mahathir siap kutuk rasulullah dgn mempersendakan janggut baginda dan mcm2 lg..fuck u mahathir..laknatullah pemimpin BN

    ReplyDelete