Monday, 18 February 2013

Info : Inilah Gambar Yang Memenangi World Press Photo 2013 (4 Gambar)


Gambar oleh Paul Hansen yang memaparkan jenazah dua kanak-kanak Palestin yang dibawa untuk dikebumikan dalam satu serangan udara Israel memenangi anugerah World Press Photo 2013.

Jurugambar akhbar harian Dagens Nyheter dari Sweden itu mengambil gambar tersebut ketika upacara pengkebumian Suhaib Hijazi, 2, dan abangnya, Muhammad, 3, di Gaza City pada 20 November lalu.

"Kekuatan gambar itu terletak pada cara ia memaparkan kemarahan dan kesedihan sekumpulan orang dewasa yang mengangkat kanak-kanak tidak berdosa itu.

"Gambar itu tidak akan dapat saya lupakan selama-lamanya," kata juri dari Peru, Mayu Mohanna.



Ayah kepada kanak-kanak malang itu, Fouad, turut terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis yang meranapkan rumah mereka manakala ibu mereka pula diletakkan di dalam unit jagaan rapi.

Dua jurugambar yang hasil kerja mereka digunakan oleh AFP, Fabio Bucciarelli dari Itali dan Javier Manzano dari Amerika Syarikat (AS), masing-masing memenangi kedudukan kedua dan ketiga bagi kategori Spot News melalui gambar mereka yang diambil di kawasan pertempuran mengerikan di bandar Aleppo, Syria.

Persaingan World Press Photo tahun ini menyaksikan sebanyak 19 juri profesional dalam bidang jurugambar berita dan jurugambar dokumentari memilih 103,481 gambar yang dihantar oleh 5,666 jurugambar dari 124 negara.



p/s : Sungguh sedih tengok gambar tu.. 

Sumber : Here

14 comments:

  1. sungguh menyedihkan....zalimnya israel.

    ReplyDelete
  2. penduduk kecil syurga....bdk2 2 mninggal kompom ke syurga..nasib kita lak cmne ntah

    ReplyDelete
  3. mmg layak menang

    ReplyDelete
  4. BR1M - baucer rasuah 1 malaysia..
    tukaq kerajaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni yang patut kene tembak ni.anjing politik.hoi babi.

      Delete
    2. anon 07:00 kite kasik pijak jer perut dia sampai pecah

      Delete
  5. Sedih jer ker?
    pastu apa korang buat?...
    sudah banyakkah derma korang bagi kat Palestin?
    Korang ada wat potongan gaji bulanan ke unutk Palestin?

    PLEASE SUPPORT http://www.amanpalestin.net/

    ReplyDelete
  6. thank anon atas utk link tu.
    tapi rata2 rakyat malaysia simpati dgn nasib mereka.
    cumanya kita tidak ada kekuatan dari segi ekonomi dan kuasa. mungkin ada segelintir yg membantu senyap2. ada tu ada. bukan tak ada. jgnlah pertikaikan apa yg mereka buat. :)
    (faham niat baik sedara)

    -ameba

    ReplyDelete
  7. bestnya mati sebagai pejuang ISLAM.

    ALLAHHUAKBAR..

    ReplyDelete
  8. ntah anon 08:03. Ko ckap bajet baik pnya....kita kn ada cara msing2.
    jadi buat je pe yg ptt. InsyaAllah satu hari nnt "hari kegelapan kian cerah" untuk semua yang ada. Amin

    ReplyDelete
  9. “BARANGSIAPA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH UNTUK MEMPEROLEH KEBAIKAN, MAKA ALLAH MEMBUAT IA MENJADI PANDAI DALAM HAL KEAGAMAAN.”

    ReplyDelete
  10. berdoa pon dh kira sedekah

    ReplyDelete
  11. Allah hancurkan musuh kami

    ReplyDelete