Tuesday, 26 February 2013

Hebat : Scarlet, Si Ibu Kucing Yang Sangat Tabah (3 Gambar)


Scarlett. Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan. Mempunyai bulu jenis Calico, ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.

Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.



Keadaan Scarlett yang hangus teruk sangat menyayat hati. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri.

Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. Namun, parut di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu, Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.

Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor haiwan.



p/s : Hebat makhluk ciptaan Allah ni... Lebih hebat dan berani dari manusia yang mempunyai akal fikiran..

Sumber : Here

17 comments:

  1. Hebat...Manusia pulak sanggup buang anak dri tingkat 5.. Dasyat2!!!


    Haxu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la dunia..bila nafsu mengawal kepala otak.tak tau la nak cakap macam mana dengan manusia sekarang..

      Delete
  2. one of the most sad story i had ever read ..

    ReplyDelete
  3. argh ego ak terpadam baca kisah sedih ni,Allahuakbar...:'(

    ReplyDelete
  4. aduh comelnyeeeee..sayu baca :(..haiwan lg ada perasaan dr manusia zmn skg..main buang / bunuh anak..astagfirullah..

    ReplyDelete
  5. tau haiwan lg baik dr manusia. tp ramai pula yg marah kerajaan bg brim mcm spt bg haiwan. eh takpela, kiranya bersyukur la 'haiwan' dpt makan free.

    anyway, mmg kisah menhayat hati. mmg la ibu tu disebut tiga kali dlm Islam. Tengk, even haiwan pn, mane la ade citer si ayah yg slamatkan anak2. lepas kawen trus tinggalkan bini bunting. perghh.
    tp yerla.. haiwan.. mmg dah diprogramkan begitu. tp kalo si ayah nya seorang manusia, aku lempang je kalo tinggalkan anak bini.

    ReplyDelete
  6. sian...mnyayat aty...

    ReplyDelete
  7. byk tgok tv3 ni nk komen kes brim..tgk youtube la macai2 sekalian..
    tukaq kerajaan

    ReplyDelete
  8. Sedihhhh sgt...

    ReplyDelete
  9. Ya Allah...sgt menyedihkan...

    ReplyDelete
  10. Isk... isk.... Banyak lak bawang yang dipotong nie.... isk..isk... :_(

    ReplyDelete
  11. God Bless you Scarlett... *RIP*

    ReplyDelete
  12. Scarlet...RIP
    binatng pun taw sygkn ankny..
    Mngalir air mate bace story ni..
    Sumpah sdey..!!:'(

    ReplyDelete
  13. seko lagi babi politik..

    ReplyDelete