Tuesday, 19 February 2013

Cool : "Optimus G Pro", Telefon Pintar Dengan Skrin 2 Juta Megapixel (6 Gambar)


SEOUL - Firma Korea Selatan, LG Electronics semalam memperkenalkan versi terbaharu telefon pintarnya yang menawarkan skrin beresolusi lebih tinggi bagi mengatasi saingannya termasuk Samsung.

Dinamakan Optimus G Pro, gajet tersebut merupakan telefon pintar LG pertama yang menawarkan skrin resolusi tinggi (HD) penuh.

Dalam satu kenyataannya, LG memberitahu, telefon pintar itu akan mula dijual di Korea Selatan esok dan berada di pasaran Jepun serta Amerika Utara pada suku kedua tahun ini.

Telefon baharu itu dijana perisian Android dan berukuran 15.2 sentimeter (sm) panjang dengan lebar 7.6sm.

Optimus G Pro menampilkan paparan 13.9sm (5.5 inci) dengan lebih dua juta piksel atau dua kali ganda melebihi piksel skrin HD telefon pintar biasa untuk imej lebih terang serta jelas.

"Dengan saiz telefon pintar kini semakin besar, fungsi visualnya menjadi bertambah penting," kata LG dalam satu kenyataan.

LG yang merupakan pengeluar televisyen skrin rata kedua terbesar di dunia dan pembuat telefon kelima terbesar telah bergelut selama beberapa tahun dalam pasaran telefon pintar untuk menyaingi iPhone dan Galaxy S.

Namun, promosi beberapa model baharu menyaksikan jualan telefon pintar LG pada suku keempat 2012 melonjak 56 peratus berbanding tahun lalu untuk mencatat jualan mencecah 8.6 juta unit.






p/s : Design lebih kurang je dgn Samsung.. 

Sumber : Here

4 comments:

  1. button home macam s3 je

    ReplyDelete
  2. 2juta piksel la admin
    bukan 2juta megapixel
    kalo 2juta tu sama dgn 20gigapixel
    ko tau x tau 1mega brapa ribu..
    len kali post kena bgi editor semak

    ReplyDelete
  3. BONGKAR 403 JUTA..
    TUKAQ KERAJAAN

    ReplyDelete
  4. Samsung dan Apple akan saman..HAHA

    ReplyDelete