Wednesday, 9 January 2013

OMG : Perpustakaan Kongres US Jadi Arkib 170 Billion Mesej Twitter (3 Gambar)


WASHINGTON - Perpustakaan Kongres kini sedang berusaha untuk menyimpan mesej Twitter yang terkumpul - lebih 170 bilion tweet bagi tujuan penyelidikan.

Dibina pada tahun 1800, Perpustakaan Kongres berfungsi sebagai perpustakaan tidak rasmi Amerika Syarikat (AS) dan menjadi perpustakaan penyelidikan rasmi Kongres.

Pada April 2010, perpustakaan ini telah menandatangani perjanjian dengan Twitter untuk mendapat akses kepada semua tweet awam sejak penubuhannya pada tahun 2006.

"Twitter kini menjadi koleksi baru bagi Perpustakaan Kongres tetapi mempunyai satu misi penting. Sebaik masyarakat beralih kepada media sosial sebagai kaedah utama komunikasi dan mengungkap ucapan kreatif, media sosial menambah nilai.

“Dalam beberapa kes berkaitan, surat, jurnal, terbitan bersiri dan sumber-sumber lain turut dikumpulkan oleh perpustakaan penyelidikan," kata Pengarah Perpustakaan Komunikasi, Gayle Osterberg dalam blognya.



Osterberg turut berkata, perpustakaan telah siap mengarkib secara digital semua tweet yang dihantar dan kini pihaknya sedang memikirkan cara terbaik untuk menyediakan kepada orang awam.

Perpustakaan telah pun menerima sekurang-kurangnya 400 permintaan dari penyelidik seluruh dunia yang ingin mengkaji topik terutamanya berkaitan kebangkitan kewartawanan sehinggalah untuk mengesan kadar vaksin dan meramalkan aktiviti pasaran saham.

Arkib perpustakaan turut berjanji untuk memastikan proses itu berkembang pesat. Pada masa ini, perpustakaan memproses lebih kurang 500 juta tweet sehari, meningkat daripada kira-kira 140 juta mesej sehari pada tahun 2011, menurut blog tersebut.

Antara perkara yang dibuat termasuklah membuat pangkalan data umum yang meluas bagi membuktikan untuk menjadi satu cabaran kepada dirinya.

p/s : Semuanya diorang simpan... 

Sumber : Here

5 comments: