Tuesday, 8 January 2013

OMG : "Made Snana", Ritual Berguling Atas Sisa Makanan Di India (5 Gambar)


Ritual kuno berumur ratusan tahun di India ini mengajar masyarakat Hindu kasta rendah untuk berguling pada sisa makanan yang dibuang oleh kasta lebih tinggi. Ia dilakukan kerana dipercayai dapat menghilangkan penyakit. Yang unik, meskipun ritual ini telah ditentang oleh banyak pihak, masih ada segelintir kelompok pengamal ritual ini yang masih melakukannya sehingga ke hari ini.

Ritual ini disebut sebagai 'Made Snana' bermaksud mandi ludah, iaitu ritual yang umum dilakukan di daerah Karnataka ketika perayaan rutin yang dilakukan di kuil berumur 4000 tahun iaitu kuil Kukke Subramanya. Ritual ini juga dilakukan di kuil Sri Krishna di bandar Udupi.

Sebagai  sebahagian daripada ritual kuno, para Dalit, sebutan untuk anggota kasta paling rendah, berguling melintasi sisa makanan yang dimakan para brahmana, sebutan untuk orang dengan kasta lebih tinggi. Dengan bergulingnya mereka pada sisa makanan tersebut, diyakini, semua kesusahan dan penyakit akan hilang dan disembuhkan.




Festival rutin ini diikuti oleh sehingga 25000 orang yang berguling pada ‘sisa makanan’ para Brahman.

Sementara, di sisi lain, terdapat sebahagian Dalit yang bergabung dalam Organisasi Kesejahteraan Dalit, yang menganggap ritual ini tidak berperikemanusiaan dan tak dapat diterima. Jika memang dapat menyembuhkan penyakit secara efektif, seharusnya kerajaan pusat menutup hospital dan badan kesihatan formal yang lainnya. Ritual ini dianggap menjadi sebuah hal yang sangat tidak ilmiah dan menjijikkan.

Bagaimanapun, salah seorang pengikutnya, seorang ahli astrologi, Kabyadi Jayarama Acharva menjelaskan bahawa ritual ini tidak ada kaitannya dengan pembahagian kasta. “para Brahman yang makan dianggap sebagai representasi dewa Subramanya, dan sisa mereka dianggap berkat dewa. Saya sendiri berguling snana ketika berumur 16 tahun dan penyakit kulit saya sembuh.

Beberapa pihak yakin bahawa terdapat kesan psikologi yang timbul ketika melakukan ritual ini sehingga menyebabkan keyakinan pada diri mereka meningkat dan membantu menyembuhkan penyakit atau bahkan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.





p/s : Setiap kepercayaan ada amalannya yang tersendiri.. 

Sumber : Here

14 comments:

  1. wowww ? aku 1st ?

    ReplyDelete
  2. lepas tuh hang pi cari kasta yg paling rendah lagi ad pulak dorang wt ritual brguling atas sisa najis sendiri..care die unik..kasta atas akn berak pztuh kasta2 yg bawah akn brguling sakan smbil baling2 taik mcm baling ktulan ais time msim salji di barat sne..xcaye pi wt research..google 'maria ozawa' ataupun 'kak mah'

    MR.VIRGINITY

    ReplyDelete
  3. Kat perak dulu ada golongan berkasta lagi rendah.
    Berguling depan kereta sultan sebab tak puas hati pasal politik.


    -ameba

    ReplyDelete
  4. 8:37....setuju.

    ReplyDelete
  5. tukaq kerajaan

    ReplyDelete
  6. Kalau satu india buat macam ni..agak2 DR india akan semakin bizi tak? BANkami

    ReplyDelete
  7. kalau INDIA malaysia yang buat , maka UMNO akan dituduh parti yang RASIS dah wajib ditumbangkan...semua salah di dunia ini kan puak PR kata salah UMNO....

    ReplyDelete
  8. @Prince of Noob

    Kan dah sibut Ritual. Ko faham tak maksud Ritual? Pi check dalam wikipedia.

    ReplyDelete
  9. @17:34

    Apa yg ko meroyan ni? Ko stress giler kot...cheer up!!!

    ReplyDelete
  10. Keling pundek berak tersumbek catuk dek ayam tinggal sekorek

    ReplyDelete