Saturday, 5 January 2013

Kejam : Mayat Nureffa Sahira Ditemui Dalam Tong Dram (Gambar)


KEJAM…inilah perkataan terbaik boleh kita beri kepada penjenayah yang sanggup melakukan perbuatan paling hina seperti ini.

Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, Semporna, Sabah kelmarin.

Harian Metro melaporkan, mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.

Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.

Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal hinggalah ia ditemui dalam tong dram tersebut.

Apa dosa Nureffa Sahira…apa yang kanak-kanak enam tahun ini mampu lakukan hingga dia diperlakukan sebegini rupa?

Semoga polis dapat segera mengheret pelakunya ke muka pengadilan, kalau ia boleh berlaku pada Nureffa Sahira, ia juga boleh berlaku pada anak kita semua, Nauzubillah.

p/s : Apa nk jd dgn dunia sekarang..

Sumber : Here

14 comments:

  1. siasat dulu.... nak tahu knapa budak tu boleh dalam tong... pelik lah..mcmana dia boleh dalam sana??

    ReplyDelete
  2. pembunuh 2 kejam siot..anak hanjeng bt0l!!!!!!!!!!
    guna hukum hudud...maw pancung sama pnjenayah 2...setan bt0l...

    ReplyDelete
  3. alamak, aku x boleh klau benda2 mcam ni.....apa yg terjadi ni???? ya allah, kesiannya.....apa dosa budak tu????? ini mesti kes rogol dan bunuh......memang sial si perogol ni......klau aku dapat, aku kerat2 badan dia...........ya allah, kau turunkan lah azab yg maha pedih pada si penjenayah ini......jadikan si penjenayah ini menderita seumur hidup..........aminn.......

    seriusly, aku x sanggup nak bukak pasal kucing kena kerat tu......x sanggup nak tgok.....tapi aku doakan yg serupa untuk si pelaku tersebut.....amin.......

    ReplyDelete
  4. anon 19:45 takkan la budak tu nyorok atau tidur dalam tu. tengok la posisi tu. mesti ada yang sumbat dalam tu. moga penjenayah tu pun dihukum mati. blood for blood

    ReplyDelete
  5. siannye bdk tu....sdih tgk..
    anon 19:45 komen anda x le blah ok!

    ReplyDelete
  6. nak siasat pa lagi la anon 19:45...kes bunuh nie...xguna pnya pembunuh...darah bayar darah..kasi pancung itu sama pembunuh...!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. jenayah sadis berlaku di kala negara malaysia no. 19 paling aman di dunia... harap penjenayah dan dihukum dengan hukuman yg setimpal

    ReplyDelete
  8. awasi anak dan adik anda...malang xberbau..
    rasa takut gak coz ada adik pompuan usia 6 tahun..moga Allah melindunginya...

    ReplyDelete
  9. siapa cakap no 19, paling aman! no 94 paling aman, baca info betul-betul.

    ReplyDelete
  10. anak tunggal plak tu. semoga mak ayah budak ni tabah :(


    -ameba

    ReplyDelete
  11. So saddd!!!!!! yes i agree the Hudud law must be implemented here so that it will scare the criminals not to do such crime again!!
    I'm chinese and I support the hudud law!

    ReplyDelete
  12. Moga si pembunuh diazab oleh Allah lagi dasyat berlipat kali ganda azabnya! amin....

    ReplyDelete
  13. syukur negara kita masih aman damai tenteram sangat2...

    ReplyDelete