Saturday, 8 September 2012

Cool : Lombong Belerang Di Jawa Timur, Indonesia (15 Gambar)


Kawah Ijen merupakan sebuah gunung berapi yang sarat dengan hasil bumi seperti Sulphur (belerang). Ia terletak di Jawa Timur, Indonesia atau dengan lebih tepat lagi, gunung berapi ini terletak di dalam kawasan Taman Negara Alas Purwo, Banyuwangi, Jawa Timur. Ketinggian gunung Ijen ini adalah sekitar 2,433 meter dari paras laut.

Para pelombong di Kawah Ijen ini perlu membuat perjalanan ke bahagian kawah gunung, dan kemudian turun 200 meter ke pesisir tasik yang dipenuhi air asid sulfurik di mana para pelombong ini akan turun mendapatkan ketulan berat Sulphur tulen yang akan dibawa naik ke stesen timbangan berat.

Danau kawah tersebut dikatakan terbentuk dari letusan gunung berapi Ijen yang beberapa kali berlaku pada tahun 1796, 1817, 1913, dan 1936.















p/s : Cool beb.. 

Sumber : Here

OMG : Kemaluan Tercucuk Ranting Kayu Sepanjang 13cm (Gambar)


MIRI – Seorang lelaki terpaksa mengharungi detik cukup menyakitkan apabila kemaluannya tercucuk sebatang ranting kayu kering sepanjang 13 sentimeter di sebuah ladang kelapa sawit di Bakun dekat sini kelmarin.

Mangsa, seorang warganegara Indonesia yang masih belum dikenal pasti identitinya, terpaksa menahan kesakitan selama tiga jam sebelum doktor di Hospital Miri berjaya menarik keluar serpihan kayu daripada kemaluannya.

Difahamkan, doktor mengambil masa sejam untuk mengeluarkan ranting kayu daripada kemaluan lelaki berusia 24 tahun itu dalam pembedahan yang rumit.

Sementara itu, rakannya yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian pukul 11.30 pagi, mangsa sedang memotong rumput di kawasan ladang sawit berkenaan sebelum dia tergelincir jatuh ke dalam sebuah gaung sedalam kira-kira 10 meter.

Akibatnya, kemaluannya tercucuk ranting kayu berkenaan menyebabkan mangsa meraung kesakitan. Jeritan mangsa itu didengari rakan-rakan sekerja. Mereka kemudian terus bergegas ke lokasi terbabit sebelum mengusung mangsa keluar untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Batu Niah.

“Bagaimanapun, mangsa terpaksa dipindahkan ke Hospital Miri memandangkan kekurangan kemudahan selain ketiadaan doktor di klinik berkenaan.

“Nasib baik, kemaluan kawan saya dapat diselamatkan kerana pada masa itu dia hampir berputus asa akibat tidak dapat menahan kesakitan yang teramat sangat,” ujarnya.

p/s : Sakit glerrrr....

Sumber : Here

Info : Lelaki Lebih Suka Berbohong Berbanding Wanita


Satu dalam lima orang didapati berbohong kepada rakan mereka mengenai perkara seperti pekerjaan dan kereta dalam usaha untuk menampakkan mereka lebih berjaya, kata satu kajian.

Penyelidikan mendapati bahawa sebanyak 21 peratus mengakui berbohong ketika mereka bersama dengan rakan dari sekolah dan universiti.

Paling terdesak

Golongan lelaki paling terdesak untuk menampakkan mereka lebih berjaya dengan sejumlah 55 peratus akan menokok tambah cerita mengenai jumlah pendapatan yang mereka peroleh.

Kajian terbabit juga mendapati bahawa sebanyak lapan peratus lelaki sering kali berpura-pura mendakwa mereka memandu kereta mahal.

Sementara itu, kira-kira 45 peratus wanita yang berbohong mendakwa bahawa mereka mempunyai kerja yang lebih glamour berbanding apa sebenarnya yang mereka buat.
Kebanyakan iaitu sebanyak 12 peratus juga berbohong untuk menampakkan mereka tinggal di kawasan yang lebih baik.

“Kita tinggal di satu masa di mana semua orang terdesak kepada sesiapa saja untuk menampakkan mereka sebaik yang mungkin,” kata pakar psikologi, Dr Linda Papadopulos.
 
Manipulasi
“Penggunaan Facebook orang ramai menunjukkan kita semakin menyedari bahawa bagaimana kita boleh menggunakan maklumat tertentu untuk memanipulasikan pemikiran orang lain terhadap kita.

“Dan orang ramai tidak lihat mengapa mereka perlu untuk menyatakan kebenaran. Jadi kita maklumkan kepada mereka poskod yang kita mahu atau kereta yang kita ada atau kita inginkan untuk membuatkan orang lain terpegun.”

“Perjumpaan semula sekolah atau perhimpunan rakan lama kolej boleh dipenuhi dengan banyak cerita tidak benar. Semua perasaan mengenai sama ada anda hebat atau sesuaikan saya muncul semula. Rasa tidak selamat ketika zaman kanak-kanak bermain semula di kepala apabila mereka bertemu dan mereka sering kali menipu untuk membuatkan orang ramai terpegun,” katanya.

Ketika perhimpunan itu menceritakan pengalaman mereka ke luar negara juga adalah satu kegemaran di mana 26 peratus mendakwa mereka lebih banyak mengembara berbanding keadaan sebenar.

Satu dalam enam atau kira-kira 17 peratus mengakui bahawa mereka akan berbohong mengenai status hubungan, mungkin bertujuan untuk bertaut semula dengan rakan lama.

Dan satu dalam 17 lelaki atau enam peratus mengakui mereka menyertai perjumpaan semula rakan sekolah sekadar untuk bermegah mengenai pencapaian mereka.

Sumber : Here

WTF : Pelajar Universiti Kantoi Melakukan Seks Di Bumbung Bangunan Pencakar Langit (10 Gambar)


Pihak berkuasa USC melancarkan siasatan setelah mendapati beberapa mahasiswa kantoi melakukan hubungan seks di bumbung sebuah bangunan pencakar langit di USC. Gambar-gambar ini menunjukkan seorang mahasiswa dan seorang wanita melakukan hubungan seks dengan pelbagai jenis posisi di atas bangunan Waite Phillips Hall di Los Angeles.



p/s : Gila... 

Sumber : Here

Berita : Budak Kebal, Kulit Kalis Api & Ditusuk Tak Berdarah (Gambar)


KUALA KUBU BHARU: Dia selayaknya digelar ‘budak kebal’ kerana kulitnya tidak melecur ketika dibakar dan langsung tidak berdarah apabila dicucuk dengan objek tajam.

Itu keistimewaan Mohd Adam Jamaluddin, 13, yang diperolehnya secara semula jadi selepas sering ‘bermain’ dengan api setiap kali membantu kerja ayahnya, Jamaluddin Hamzah, 48, yang mengusahakan bengkel kimpalan besi di Felda Gedangsa, dekat sini.

Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia bukan saja tidak berasa panas, sebaliknya berasa sejuk apabila api membakar kulitnya.

“Rasa sejuk macam kena air batu saja dan saya tak tahu kenapa saya tidak berasa sakit,” katanya ketika ditemui.

Mohd Adam berkata, sejak membantu ayahnya melakukan kerja kimpalan besi empat tahun lalu dia sentiasa terdedah dengan percikan api kimpalan dan besi tajam, namun pelik mengapa kulitnya kebal.

Sumber : Here

Amazing : El Peñón de Guatapé: Monolitik Batuan Terkenal Di Colombia (10 Gambar)


El Peñón de Guatapé atau pun dikenali juga sebagai "The Guatape Rock" merupakan sebuah monolitik batuan besar yang mempunyai ketinggian kira-kira 2, 135 meter dari paras laut. Batuan ini juga pernah menjadi bahan sembahan golongan Tahamies Indians. Pada tahun 1900-an, batuan monolitik yang mempunyai anggaran berat 10 tan ini pernah dilihat golongan petani sebagai satu gangguan untuk mereka bercucuk tanam.

Pada tahun 1954, sekumpulan pendaki yang kononnya didesak olek para paderi tempatan telah mendaki batuan berkenaan menggunakan sejenis papan yang diletakkan di celah rekahan batuan. Mereka ini dikatakan sebagai kumpulan manusia pertama yang pernah mendaki El Peñón de Guatapé. Proses mendaki batuan ini boleh mengambil masa selama 5 hari, namun dengan pemandangan yang indah berserta penemuan tumbuhan spesies baru, Pitcairma Heterophila, batuan ini mampu menjanjikan tarikan pelancong yang sederhana.


Batuan ini mempunyai satu garisan rekahan panjang yang digunakan oleh para pelancong untuk mendakinya ke atas. Di dalam celah rekahan tersebut, tangga sebanyak 649 anak tangga  telah disediakan dan ia merupakan satu-satunya cara untuk ke puncak batuan tersebut. Pada 1970-an, kawasan sekitar batuan tersebut telah diempang dan kini ia mempunyai pemandangan siri dramatik tasik dan pulau-pulau.

Hari ini, anda boleh mendaki batuan ini yang telah disenaraikan sebagai khazanah negara Colombia dengan bayaran sebanyak USD2. Di sana, anda mampu melihat pelbagai khazanah peninggalan keagamaan di dalam sebuah menara setinggi 3 tingkat di puncak batuan tersebut.










p/s : Bukan dadah je yang terkenal kat Columbia.. hehe.. 

Sumber : Here

Friday, 7 September 2012

Serius : Peringkat Akil Baligh Seekor Anak Penguin (2 Gambar)

Peringkat Akil Baligh Seekor Anak Penguin.
Memang tak pernah orang terfikir anak ini akan kelihatan seperti ini..



Cool : Katil Gantung Kini Digunakan Di China (4 Gambar)

Katil Gantung Kini Digunakan Di China.
Kreatif tetapi adakah selesa tidur atas katil ni eh?





OMG : Sesuatu Yang Menakutkan Dalam Enjin Kereta Sekitar Afrika S. (4 Gambar)

Sesuatu Yang Menakutkan Dalam Enjin Kereta Sekitar Afrika S.
Entah macam mana binatang ni masuk ke dalam kereta tu hihi...






Serius : Jangan Buat Tatu BF/GF Pada Tubuh Anda (2 Gambar)

Jangan Buat Tatu BF/GF Pada Tubuh Anda.
Kenapa?
Gadis ini membuat tatu teman lelakinya pada tubuhnya dan menulis 'You're my life'. Tetapi apa berlaku apabila mereka berpisah, gadis ini terpaksa membuang tatu itu tetapi dengan cara seperti di bawah ini....