Saturday, 8 September 2012

Info : Lelaki Lebih Suka Berbohong Berbanding Wanita


Satu dalam lima orang didapati berbohong kepada rakan mereka mengenai perkara seperti pekerjaan dan kereta dalam usaha untuk menampakkan mereka lebih berjaya, kata satu kajian.

Penyelidikan mendapati bahawa sebanyak 21 peratus mengakui berbohong ketika mereka bersama dengan rakan dari sekolah dan universiti.

Paling terdesak

Golongan lelaki paling terdesak untuk menampakkan mereka lebih berjaya dengan sejumlah 55 peratus akan menokok tambah cerita mengenai jumlah pendapatan yang mereka peroleh.

Kajian terbabit juga mendapati bahawa sebanyak lapan peratus lelaki sering kali berpura-pura mendakwa mereka memandu kereta mahal.

Sementara itu, kira-kira 45 peratus wanita yang berbohong mendakwa bahawa mereka mempunyai kerja yang lebih glamour berbanding apa sebenarnya yang mereka buat.
Kebanyakan iaitu sebanyak 12 peratus juga berbohong untuk menampakkan mereka tinggal di kawasan yang lebih baik.

“Kita tinggal di satu masa di mana semua orang terdesak kepada sesiapa saja untuk menampakkan mereka sebaik yang mungkin,” kata pakar psikologi, Dr Linda Papadopulos.
 
Manipulasi
“Penggunaan Facebook orang ramai menunjukkan kita semakin menyedari bahawa bagaimana kita boleh menggunakan maklumat tertentu untuk memanipulasikan pemikiran orang lain terhadap kita.

“Dan orang ramai tidak lihat mengapa mereka perlu untuk menyatakan kebenaran. Jadi kita maklumkan kepada mereka poskod yang kita mahu atau kereta yang kita ada atau kita inginkan untuk membuatkan orang lain terpegun.”

“Perjumpaan semula sekolah atau perhimpunan rakan lama kolej boleh dipenuhi dengan banyak cerita tidak benar. Semua perasaan mengenai sama ada anda hebat atau sesuaikan saya muncul semula. Rasa tidak selamat ketika zaman kanak-kanak bermain semula di kepala apabila mereka bertemu dan mereka sering kali menipu untuk membuatkan orang ramai terpegun,” katanya.

Ketika perhimpunan itu menceritakan pengalaman mereka ke luar negara juga adalah satu kegemaran di mana 26 peratus mendakwa mereka lebih banyak mengembara berbanding keadaan sebenar.

Satu dalam enam atau kira-kira 17 peratus mengakui bahawa mereka akan berbohong mengenai status hubungan, mungkin bertujuan untuk bertaut semula dengan rakan lama.

Dan satu dalam 17 lelaki atau enam peratus mengakui mereka menyertai perjumpaan semula rakan sekolah sekadar untuk bermegah mengenai pencapaian mereka.

Sumber : Here

5 comments:

  1. sama je laki pompuan

    ReplyDelete
  2. xlh aku llaki jrg mnipu..
    tp awek aku kaki penipu btl(dulu)..
    tgo orglh..

    ReplyDelete
  3. kajian2 nih kekadang bkn leh cayer... mcm kajian durex kata pompuan Malaysia no 1 didunia curang n main ngan org lain... dah dieorg tanya pelanggan durex je... mmg le tu result nye...

    ReplyDelete
  4. x blh pecaya sgt pasal benda2 mcm ni.. diorg buat kajian dgn orang2 barat jak tu.. orang2 barat lifestyle diorg lain.. bukan mcam tempat lain

    ReplyDelete
  5. pada aku kajian ni tak betul, pompuan sebenarnya kuat menipu 20 kali ganda dari lelaki. contohnya kalau dia dah Berkahwin (dgn laki org) dia mati-matian menafikan dia dah kahwin. Kalau dia mengandung (walaupun dah berkahwin dan punya suami yang sah) tetap tak mengaku dah mengandung.
    Kalau perut dia membesar pun dia kata, sebab dia banyak makan dan gemuk. Pelik Kan! kenapa nak menipu sedangkan org dah tahu.

    ReplyDelete