Tuesday, 4 December 2012

Sejarah : Asal Usul Nama "Harimau Malaya" (5 Gambar)


Sejarah Asal-Usul nama Harimau Malaya. 

Sebenarnya, nama tersebut adalah berasal dari gelaran kepada seorang pemain bolasepak era 1940'an. Pemain tersebut bermain di posisi 'striker' dan beliau adalah Dollah Don. Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor.

Mendapat pendidikan awal di Primary School Ngee Heeng dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4. Beliau menyambung pengajian di peringkat tinggi di English College. Dizaman persekolahannya beliau sangat aktif dan pernah menjadi Olahragawan.

Dollah Don pada mulanya bermain bolasepak semasa kecil dengan menggunakan bola tenis. Sewaktu di sekolah Dollah Don juga merupakan atlit olahraga yang berjaya. Pernah memenangi beberapa acara dan membolehkan beliau bergelar Olahragawan di sekolah.

Sebelum bermain untuk pasukan kebangssan, beliau bermain untuk pasukan Johor di era awal Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.


PERISTIWA DI SUMATERA

Jika kumpulan rock, SEARCH pernah menggegarkan Indonesia dengan lagu Isabella pade era 1990'an, begitu jugalah Dollah Don dengan mutu permainan bolasepaknya. Dollah Don mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia. Dari sumber yang dicari, beliau sering menerima jemputan untuk bermain di sana.

Pada tahun 1946, Dollah Don telah dijemput untuk bermain menentang Pasukan Medan di Sumatera. Malangnya beliau jatuh sakit dan tidak dapat diturunkan beraksi. Pada era 1950'an Indonesia dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden negara tersebut.

Sukarno begitu kagum dengan Dollah Don sehingga menggelarkan beliau sebagai 'Harimau Malaya'. Ini semua bermula dari satu perlawanan yang disaksikan oleh Sukarno sendiri.




Perlawanan tersebut ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda.

Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu. Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu. Tamat separuh masa pertama, pasukan Melayu Singapura ketinggalan 3-0.

Bermula separuh masa kedua, mereka mengasak ke kubu Peseja dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan seri. Ketiga-tiga gol tersebut telah dijaringkan oleh Dollah Don sendiri.




" Saya menjaringkan ketiga-tiga gol dan Sukarno menggelar saya ' Harimau Malaya ' Dollah Don mengingati peristiwa bersejarah yang tidak dapat dilupakan.

Sebagai seorang pakar penjaring gol ramai penganalisis bola mengatakan setiap kali Dollah Don berhadapan dengan penjaga gol, bola yang berada di kakinya itu pasti 100% akan menembusi kubu lawannya dan semua ini disempurnakan dengan tenang.


Kemuncaknya beliau telah menerima hadiah sebagai penjaring gol yang terbanyak di kejohanan bola sepak di Hong Kong pada tahun 1950 dengan menjaring 19 gol daripada 26 gol.

Sejak itu gelaran Harimau Malaya melekat kepada Dollah Don dan hingga membawa ke hari ini kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia.

p/s : Begitulah ceritanya... 

Sumber : Here

18 comments:

  1. ooooo,mcm 2 upenye......asal Dr johor upenye....

    ReplyDelete
  2. asal usul ''pukimak'' pulak dari mana?

    ReplyDelete
  3. ape mslh saudare di ats nie..meroyan x tentu psl...asshole... ko ingat kote ko tu chanteq sgt ke...da la kita idup serumpun...mnyata org..diri sendri kote itam buntut kuali..

    ReplyDelete
  4. so org indonesia yg memberi nama harimau malaya. interesting...
    -ameba

    ReplyDelete
  5. ooo itu macam ke... boleh cari apa asal usul nama garuda didadaku

    ReplyDelete
  6. 19 gol daripada 26 gol ? explain please .

    ReplyDelete
  7. Wahhh owg johor beb...bangga aku

    ReplyDelete
  8. Aku bangga gak..

    Admin cite la pulak Pemburu terhandal didunia pada thn 1932 kot siapa org nye!!!
    (Klu tahu la..)

    ReplyDelete
  9. Oh gitu rupanya, mesti ada kena mengena ustaz Don Daniyal.

    ReplyDelete
  10. bukan time zaman jepun ke yg ada nama harimau malaya ni..?

    ReplyDelete
  11. @ben xii dalam season tu pasukan dapat jaring 26 gol. 19 darinya dijaringkan oleh don.

    ReplyDelete
  12. nama jer harimau malaya tp main bola sepak mcm pondan chow kit jer..ngabis boraih jo..hahahaha

    ReplyDelete
  13. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.

    ReplyDelete
  14. Emm..sjarah bola sepak...tpi sbnarny nama harimau malaya ni gelaran bg sandokan..salah sorg pahlawan melayu mnentang portugis..

    ReplyDelete
  15. baik tgok the life of PI daripada tgok bolasepak m;sia ni..hahahaha

    ReplyDelete
  16. Harimau Malaya is only for Malay..not Malaysia.. fuck harimau malaya racist...

    ReplyDelete