Thursday, 4 October 2012

OMG : Kepala Tersekat Dalam Tong Sampah Selama 15 Minit (5 Gambar)


Kejadian ini berlaku pada hari Ahad di kawasan umum Castlegate di Aberdeen, Scotland. Lelaki gelandangan ini terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba apabila kepalanya tersangkut pada tong sampah.

Lelaki malang itu tersangkut selama lebih kurang 15 minit sebelum kepalanya dapat dilepaskan dengan bantuan gergaji elektrik. Seorang pejalan kaki yang lalu berhampiran Aberdeen's Justice Street terus meminta bantuan apabila berita mengenai lelaki malang itu tersebar di Twitter.

Jurucakap pihak bomba dan penyelamat Grampian berkata, lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Jurucakap pihak polis Grampian berkata,"Kami masih kurang pasti tentang apa yang dicari lelaki tersebut di dalam tong sampah itu dan sama ada barang yang dicari nya telah dijumpai semula."

"Kami juga mengesahkan bahawa tiada sebarang tuduhan jenayah berhubung kejadian tersebut."



Sumber : Here

8 comments:

  1. kecian~btw alhamdulillah 1st!!!

    ReplyDelete
  2. main main main main main main~

    ReplyDelete
  3. ...............................

    ReplyDelete
  4. ssssssssssjhhhhhhhhhhvbvbvbvbvbvbvbvbkkkkkkkkkkxckjvksjdhsohsd~6514^&%$^&%$....main main main main main main main main main~

    ReplyDelete
  5. okay...sekarang da bley balik kerje~

    ReplyDelete
  6. yg kes tersepit kotey dekat bangku tu lagi naya

    ReplyDelete