Friday, 12 October 2012

OMG : Budak Kecil Sambut Hari Lahir Dengan Arak (3 Gambar)


CARDIFF: Seorang budak dibiarkan menyedut separuh gelas wiski menggunakan straw selepas sebuah restoran tersilap menghidangkan arak itu walaupun sepatutnya dia diberi jus buah.

Media semalam melaporkan, Sonny Rees menghabiskan kira-kira 40 peratus alkohol itu tanpa disedari kakitangan restoran Frankie and Benny’s di Swansea. Insiden itu berlaku ketika Rees dibawa meraikan hari lahirnya yang kedua. Menurut sumber, kesilapan itu disedari apabila Rees menunjukkan riak wajah serta kelakuan aneh setiap kali menyedut minuman.

Ekoran itu, katanya, ibu Rees, Nina, 34, menghidu serta mencuba minuman berkenaan dan terkejut mendapati ia adalah arak. Rees kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Sementara itu, Nina berkata, dia memesan jus limau dan air kosong untuk anaknya. “Rees sempat menyedut kira-kira 10 kali dan saya dapat lihat dia mabuk,” katanya.




Sumber : Here

10 comments:

  1. 1st.. i'm new..

    ReplyDelete
  2. mmg saman la cita diaa...

    ReplyDelete
  3. adeh......mcm2 la...--kakcik

    ReplyDelete
  4. peerrrggghhhh...kan dah mabuk budak tue...
    saman ajelah....
    saman saman leh kaya beb mak dia..
    hahaha

    ReplyDelete
  5. best plak kalo ade video bby tu mabuk.ha3

    ReplyDelete
  6. MASALAH DIA,,,padan muke ko,,,sambut kt umah suda,,

    ReplyDelete
  7. Xaxau la nmpk nya budak tu...

    ReplyDelete
  8. mak dia pun stupid gak! bawak la g mkn mcD ke kfc... g tmpat ada arak wt pe. kedai jual alkohol xmustahil la klau mkanan ny skali ada d campur ngn alkohol...
    stupid! sori mncarut

    ReplyDelete
  9. food + alcohol = best. :)

    ReplyDelete