SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard (gambar) terjatuh selepas beliau meletakkan kalungan bunga di Memorial Mahatma Gandhi di New Delhi, India kelmarin.
Gillard terjatuh selepas kasut tinggi yang dipakainya terbenam di kawasan berumput semasa beliau berjalan ke arah pemberita dan jurugambar media.
Bagaimanapun, beliau kemudian segera bangun dan ketawa. Gillard mengaku bahawa kasut tinggi yang dipakainya itu boleh terbenam di kawasan berumput sehingga menyebabkannya terjatuh.
Klip video yang menunjukkan perdana menteri itu terjatuh disiarkan berulang kali di televisyen Australia semalam. Beberapa program berita dan media sosial juga menyiarkan klip video itu.
Akhbar Daily Telegraph di negara ini turut menyiarkan berita tentang kejadian tersebut di muka depan.

p/s : Kasihan deh lo...
Sumber : Here
aku first lagi!!!!!
ReplyDelete1st kesian
ReplyDeletenakharoom bagi malu aku je x dpt 1st..puihk
ReplyDeletekalau kat org malaysia. keluarlah segala bala tuhan la... tanda kejatuhan parti la... makan sumpah la.. :)
ReplyDeletesekian,
ameba
hahahahahahahahahahahahahahahahahaha........
ReplyDeletekesian pm pompuan tu... jatuh tersembam muka pulak tuh...
ReplyDelete