Friday 12 October 2012

Gadget : "Socialmatic", Kamera Instagram Untuk Mereka Yang Suka Camwhoring (5 Gambar)


Aku rasa semua orang tau Instagram kan? Tapi kali ni nak cerita pasal kamera Instagram yang baru je dilancarkan yang diberi nama Socialmatic. 

Kamera ini mungkin kelihatan agak berbeza berbanding dengan kamera lain yang dijual di pasaran. Berikut merupakan spesifikasi kamera Socialmatic tersebut:

- Display: Skrin sesentuh berukuran 4.3 inci.
- Kamera: Optical zoom, pancaran cahaya LED untuk menangkap gambar berukuran 1:1 seperti di dalam aplikasi.
- Resolusi: Tidak dinyatakan lagi.
- Memori: 16GB dan 32GB
- Connectivity: WiFi atau WiFi+3G
- Perkongsian: semua laman media sosial, e-mail dan MMS.
- Kamera ini berfungsi dengan menggunakan sistem operasi Android yang telah diubahsuai yang kelihatan hampir sama seperti Samsung’s Touchwiz UI atau HTC’s Sense.

Ciri-ciri unik yang ada pada kamera ini ialah kebolehannya untuk mencetak gambar dari kamera itu sendiri tanpa perlu disambungkan kepada pencetak.

Gambar yang dicetak oleh kamera tersebut akan mempunyai pelekat di bahagian belakang dan kod QR di bahagian hadapan bagi membolehkan jurugambar tersebut meletakkan hasil seni mereka di mana-mana sahaja agar boleh dilihat oleh orang lain serta mengimbas kod QR tersebut sekiranya mahu melihat hasil kerja yang lain.






p/s : Berita baik utk camwhore sekalian.. 

Sumber : Here

4 comments:

  1. ni fake je la kamera ni. tapi kalau dapat tangkap gambar awek camwhore lagi best

    ReplyDelete
  2. tak, taku tak tau ape tu instagram. sebab henpon aku tak canggih pn.

    ReplyDelete