KUALA TERENGGANU – Seorang guru pendidikan khas sebuah sekolah rendah di Besut menjadi mangsa cemburu buta pihak tertentu apabila dia cedera parah selepas ditetak lebih 10 kali dengan parang panjang oleh dua lelaki yang menyangka mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang kelmarin.
Difahamkan, kejadian pukul 6.30 petang di depan bangunan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, Kampung Raja, Besut, itu berlaku apabila guru lelaki yang menjalankan perniagaan sampingan menjual barangan kosmetik datang ke situ selepas dihubungi oleh seorang wanita.
Dalam perbualan itu, wanita tersebut berpura-pura menyatakan minat untuk membeli barangan kosmetik yang dijual mangsa dan berjanji untuk berjumpa di depan bangunan tersebut.
Guru berusia 35 tahun dan masih bujang itu kemudian pergi ke tempat yang dimaksudkan dengan menaiki sebuah kereta bersama adik lelakinya berumur 19 tahun.
Sebaik sampai, mangsa telah menunggu wanita tersebut di luar kereta manakala adiknya duduk di dalam kenderaan tersebut.
Tidak lama kemudian, dua buah kereta jenis Proton Iswara dan Perdana bercermin gelap mendekati mangsa sebelum dua lelaki yang menutup muka dengan kain biru keluar sambil masing-masing membawa parang panjang.
Suspek kemudian telah menetak mangsa berkali-kali tanpa belas kasihan sebelum melarikan diri selepas mendapati guru tersebut cedera parah. Adik mangsa bagaimanapun tidak diapa-apakan.
p/s : Kejam siot..
Sumber : Here
bahaya sungguh.... tapi aku ttp no 1 di hati admin asg.. hahahah
ReplyDeleteperangai haramjadah
ReplyDeleteperangai mcm anak haramjadah..
ReplyDeleteorg yg comment no1 1st, 2nd, 3rd ialah org bodoh, tolol, bengong
ReplyDeleteanon 21:46 hang anak haram kn...mak hang dulu pelacur kn..kesian kt hang...da jd anjing da rupanya...
ReplyDeletetula, jgn menggatal dgn pasangan org.
ReplyDeletecemburu pasal pompuan pun nak tetak2 orang, loser lah
ReplyDeletetarak hal hukuman penjara 20 tahun menanti 2 orang tu jgn risau
ReplyDeleteAku hairan la rakyat Malaysia zaman ni, khususnya yang Melayu. Bila berita sebut macam ini, takkan dah sumpah seranah terus kot? Tak sayang mulut ke? Takde rasa macam berhati-hati ke bila dah kecam sekalipun?
ReplyDeleteAku rasa korang pun akan buat macam tu kot kalau korang cemburu. Buktinya, korang boleh SETUJU guru itu ditetak 10 kali. Ini ke penyelesaiannya?
Aku pernah putus dengan seorang tunang aku semasa Diploma dulu. Dia boleh keluar pula dengan kawan baik aku, duk sebelah2 dalam kelas DEPAN aku. Aku memang cemburu tapi aku fikir secara WARAS. Kebetulan aku ketua kelas, ex aku tu pula kanan aku. Terpaksalah berurusan secara profesional. Sampai kawan2 aku cakap dan suruh aku pukul budak tu dan ramai yg hairan aku boleh selamba selama dia perlakukan aku.
Aku rasa ramai rakyat Malaysia KURANG WARAS. Kalau ada rasa2 nak bunuh tu, bunuh terus. Rasa macam nak kapak, kapak terus. Rasa nak buat benda terlarang, rogol/curi/buat jahat terus. Macam takde fikir dua kali, apatah lagi hukum agama ditolak tepi terus. Macam takde agama pula jadinya. Ini masalah orang kita sekarang ni.
Macam mana korang boleh benarkan guru itu ditetak sampai 10 kali? Apakah hukumnya disisi Islam? Dan apakah itu HAK mereka untuk menetak guru tersebut?
Fikirlah dua kali sebelum buat keputusan. Bila ada agama, fikirlah secara mendalam, apakah ia membuatkan Allah murka atau sebaliknya. Dan fikirlah DUA KALI sebelum komen sekalipun.