Thursday, 20 September 2012

Serius : Majalah Perancis Siar Karikatur Hina Nabi Muhammad S.A.W (2 Gambar)


PARIS - Sebuah majalah Perancis menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad semalam sekali gus memburukkan lagi ketegangan global berhubung filem Innocence of Muslims yang memperlekehkan agama Islam.

Perkembangan tersebut menyebabkan Perancis meningkatkan kawalan keselamatan di semua kedutaan negara itu. Karikatur biadap itu disiarkan majalah mingguan tempatan, Charlie Hebdo, beberapa hari selepas bantahan ganas tercetus dari Benua Asia hingga ke Afrika kerana memprotes filem Innocence of Muslims.

Setakat ini, lokasi pemerintah Amerika Syarikat (AS) terutama kedutaan negara kuasa besar itu menjadi sasaran penunjuk perasaan. Keganasan berkaitan filem amatur tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di tujuh buah negara termasuk Duta AS yang maut di Libya.

AS turut menutup sementara konsulatnya di Jakarta ekoran demonstrasi serupa, manakala beratus-ratus penunjuk perasaan membakar patung Presiden Barack Obama di ibu negara Sri Lanka, Colombo.

Kementerian Luar Perancis mengeluarkan amaran perjalanan semalam dengan menggesa rakyatnya yang berada di dunia Islam supaya berwaspada dan mengelakkan perhimpunan awam dan mengunjungi "bangunan sensitif" seperti bangunan keagamaan dan kedutaan Barat.

Karikatur yang menggambarkan seorang Yahudi menolak Nabi Muhammad S.A.W di atas kerusi roda

Mengulas berhubung tindakan majalah Charlie Hebdo, Perdana Menteri Jean-Marc Ayrault berkata, kebebasan bersuara adalah terjamin di Perancis tetapi menegaskan kebebasan tersebut perlu disertakan dengan rasa tanggungjawab dan hormat kepada bangsa dan agama lain.

Menteri Luar, Laurent Fabius pula mengeluarkan komen lebih keras apabila menyifatkan tindakan Charlie Hebdo menyiarkan karikatur tersebut umpama mencurahkan minyak ke dalam api.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan polis pencegah rusuhan berkawal di luar beberapa pejabat majalah berkenaan. Tahun lalu, pejabat majalah itu dibaling dengan bom api selepas ia menerbitkan edisi memperlekehkan gerakan radikal Islam.

Ketua Editor Charlie Hebdo yang dikenali sebagai Charb diletakkan di bawah perlindungan polis selama setahun selepas insiden tersebut. Ditanya berhubung kontroversi terbaharu majalah berkenaan, Charb mempertahankan keputusan untuk menyiarkan karikatur biadap tersebut.

"Nabi Muhammad bukan suci buat saya," katanya dalam satu temu bual di sebuah pejabat majalah berkenaan di sini.

"Saya tidak menyalahkan orang Islam kerana tidak tertawa melihat kartun kami. Saya hidup di bawah undang-undang Perancis dan bukan undang-undang al-Quran," tambahnya.

Menurut ketua editor berkenaan, dia tidak menyesal dan tidak berasa bertanggungjawab berhubung sebarang keganasan yang bakal tercetus ekoran penerbitan tersebut.

"Saya bukan orang yang keluar ke jalan-jalan raya sambil membawa batu dan raifal automatik Kalashnikov," ujarnya. - AP

p/s : Ish3... jahat sungguh... 

Sumber : Here

14 comments:

  1. memang dasar babi anak haram...semoga laknat menimpa atasnya

    ReplyDelete
  2. tak habis2 1 and s...... nampak sangat time sekolah dulu tak pernah dapat first....

    ReplyDelete
  3. jangan hina agama lain..nabi s.a.w larang hina agama orang lain...

    ReplyDelete
  4. yup. xhina agama lain. tapi beware non muslim. we will not attack your religion. we will attack you. just like the US ambassador in libya.

    ReplyDelete
  5. semoga dia dihantar ke api neraka dengan cepat

    ReplyDelete
  6. begitu mudah orang lain mempersendakan junjungan besar Rasulullah. sedih, marah dan rasa terhina. semoga Allah membantu tangan-tangan yang menegakkan Islam dgan ikhlas.

    ReplyDelete
  7. orang2 bodoh mcm ni mmg ramai... jgnlah kita pula masuk dalam perangkap mereka

    ReplyDelete
  8. yang admin pon tayang jgk kartun ni camne..? cam support je.. at least tutup la muka kartun tu ke

    ReplyDelete
  9. Anon 20 sept 2142... Ko pun sama slow... takat ko serang kedutaan buat aper? baik ko serang mana2 AFB or NB US nye... then rampas semua tu gi serang Israel... pe daaa... nak jihad tapi x guna otak...

    ReplyDelete
  10. babi anak haramjadah org perancis ni ek..

    ReplyDelete
  11. Charlie hebdo celaka ko mati ko akan tahu azab Allah swt! Neraka jahanamlah tempatko buat selama-lamanya!

    ReplyDelete
  12. Karikatur nabi muamat pemabuk peminum miras Rusia wodka ....... jelas lebih enak

    ReplyDelete