MONTEVIDEO: Presiden Uruguay, Jose Mujica, mendapat gelaran unik, "el presidente mas pobre" (Presiden Termiskin) apabila dia menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat negara itu.
Bercakap kepada akhbar Sepanyol, El Mundo, semalam Mujica berkata dia menerima gaji AS$12,500 (RM38,132) sebulan tetapi dia hanya mengambil kira-kira 10 peratus atau AS$1,250 (RM4,575) untuk kegunaan sendiri.
“Ia mencukupi untuk saya dan keluarga, atau saya perlu mencukupkan keperluan dengan gaji sebegitu kerana ramai penduduk Uruguay yang hidup dengan pendapatan jauh lebih kecil daripada itu,” katanya.
Selain Mujica, 77, isterinya, Lucia Topolansky, 67, turut menyumbang pendapatannya sebagai senator kepada tabung negara. Pasangan suami isteri itu menetap di sebuah rumah petani di Montevideo. Mereka memiliki seunit kereta Volkswagen Beetle bernilai kira-kira RM6,000.

Mantan pejuang gerila itu menyertai politik dengan bergabung bersama parti aliran kiri sebelum terpilih sebagai presiden pada 2010. Uruguay menjadi satu daripada negara paling rendah kadar rasuah di Amerika Selatan.
Selain digelar Presiden Termiskin, Mujica juga mendapat penghormatan ramai kerana dikenali sebagai Presiden Paling Pemurah. Dia tidak memiliki akaun bank atau hutang, manakala sahabatnya yang paling baik ialah seekor anjing bernama Manuela. Mujica bukanlah presiden pertama menyumbang gajinya untuk negara.
Presiden Amerika Syarikat (AS), John F Kennedy - berasal dari keluarga kaya - turut mendermakan sebahagian gajinya, manakala presiden ke-31 negara itu, Herbert Hoover, tidak pernah menerima sebarang wang daripada dana awam bagi mengelakkan dia dikaitkan dengan rasuah.
p/s : Bagusnya presiden ni...
Sumber : Here
MACAM 1ST ..BAGUS
ReplyDeletepemimpin2 malaysia rasa2 nak ke sumbangkan sebahagian gajinya kepada negara? kita tak la mintak, tapi kalau ada yg sumbangkan alangkah bagusnya
ReplyDeletebagus la presiden ni
ReplyDeletesbijik la mcm PM kte..si abg jib
ReplyDeletefully salute this kind man !
ReplyDeletethanks pakjib atas sumbangan kupon buku 1malaysia . lapyu
ReplyDeletesejarah islam yang aku belajar..kalau nak jd pemimpin..pemimpin kena pastikan rkyatnya senang..dan pemimpin mskin lg dri rkyat...tabik spring utk presiden nie...
ReplyDeletetu duit rakyat yg die bg...bkn duit pak jib pn...
ReplyDeleteBtul tu...Klu duit gaji pak jib sndiri bru aku respek..ni duit rkyat sndiri..
ReplyDeletewah..dia ikut sunnah nabi s.a.w dan sahabat..moga dia akan beriman kepada ALLAH s.w.t pula pas ni..
ReplyDeletehebatla org kapir nie, bkn cam kt negara-negara islam ARAB tu, pemimpinya kaya nk mampus tpi rakyat hidup dlm kemiskinan...
ReplyDeleteabg jibbi dan big mama kne follow cara presiden ni....
ReplyDeletekami nak pemimpin macam ni...
ReplyDeleteingat tadi pm kita paling bagus rupanya ada yg lg bagus..
ReplyDeletedia bagi duit kat rakyat tp di sini pemimpin songlap duit rakyat
ReplyDeleteape kate kite bg cite ni kat pm kte,menteri2,wakil rkyt,yb,n yg seantero dgn mrk ni la.suh dorng bce...ne tau dorng leh insaf ke...
ReplyDelete" kak MAH" Kena belajar berjimat dr dia ni...huhu
ReplyDeletekorang aja korang kutuk Najib n Rosmah apa pasal.. korang ingat korang bgus sgt.. bersyukur lah Najib kte baik hati.. merangka bajet yg terbaek utk rakyat malaysia.. haha.. mula2 naek harga gula. lepas tu entah apa lagi yg naek.. terima kaseh kpd abg najib n kak mah kta..haha
ReplyDeleteYa. Faith in Humanity.
ReplyDeleteRestored.
klau la pemimpin m'sia mw buat gnie kan senang ,...
ReplyDeleteThanks for sharing post – much appreciated and now following you! Looking forward to your Post....
ReplyDelete