Pihak Rusia mula mendapat tahu rahsia mengenai rahsia berkenaan semenjak tahun 1970-an dan mula berkira-kira untuk memulakan perlombongan di lokasi berkenaan bagi membekalkan pasaran berlian ke seluruh dunia untuk tempoh 3,000 tahun akan datang.
"Kawasan sumber berlian super-keras yang ditemui dalam struktur batuan di Popigai mempunyai bekalan berlian 10 kali ganda lebih besar berbanding rizab berlian yang ada di seluruh dunia," ujar Pengarah Institut Geologi dan Mineralogi Akademi Sains Rusia, Nikolai Pokhilenko semasa di temuramah agensi berita ITAR-TASS.
Tetapi, itu tidak bermaksud berlian di kawasan berkenaan akan diproses dan dijual sebagai sebentuk cincin pertunangan di seluruh dunia semata-mata.
Berlian di kawasan tersebut merupakan berlian yang super-keras, bermakna bahan galian tersebut mempunyai ketahanan yang 2 kali ganda lebih kuat daripada permata biasa dan mempunyai struktur berlian yang berbeza.
Menurutnya lagi, berlian seumpama ini hanya sesuai diproses dan digunakan untuk tujuan saintifik dan perindustrian. Menurut CSM, pihak Rusia akan menjadi pemilik dan pemonopoli untuk kawasan rizab berkenaan.
p/s : Perghh...
Sumber : Here
aku dulu.....
ReplyDeletejdi kalo kaw dulu ada aku kisah ?
ReplyDeletecara mudah kurus tanpa berlapar
ReplyDeleteapa punya statement ni kata Rusia terkenal imej kebuluran? tiada tempat tinggal? Rusia tu anggota G8 la macha! negara maju tu.. lain la Africa.. apa da..
ReplyDeleterosmah mesti suka
ReplyDeletePoN.. mengaibkan org,tanggung la ye
ReplyDeleteape yg mengaibkan? saya rase tak salah, ada orang suka emas,ada orang suka buku,ada orang suka pinggan mangkuk.biase la tu.apa yg mengaibkannye.haddoi...tak paham la aku
ReplyDeletemasyukkk!!!!
ReplyDelete