Thursday 13 September 2012

Info : "Warisan Merdeka" Bakal Menjadi Bangunan Ketiga Tertinggi Di Dunia (Gambar)


EKSKLUSIF Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengesahkan ketinggian projek ikonik Warisan Merdeka kini ditambah kepada 600 meter, yang memungkinkannya menjadi bangunan ketiga tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, syarikat pengurusan berkaitan kerajaan itu semalam menafikan khabar angin bangunan itu akan ditambah sehingga menjadi 120 tingkat.

"Pada permulaan projek ini, ketinggian asal dijangkakan melepasi 509 meter.

"Sejak itu, kami semak semula kepada 600 meter dan ketinggian tambahan semata-mata untuk puncaknya," kata jurucakap PNB kepada Malaysiakini.

Syarikat itu juga menjelaskan bahawa kawasan boleh sewa kekal 100 tingkat.

Aktivis warisan negara Teoh Chee Keong sebelum ini mendakwa Menara Warisan akan ditambah daripada 102 kepada 120 tingkat.

Dengan ketinggian 600 meter, Menara Warisan hanya ketinggalan di belakang Burj Khalifa UAE (828 meter) dan Royal Clock Tower Hotel (601 meter) di Arab Saudi.

Ia juga bakal melangkaui ketinggian 501 meter Taipei 101 - pencakar langit tertinggi antara tahun 2004 sehingga 2010.

Menara Warisan bagaimanapun kini berdepan persaingan apabila beberapa bangunan pencakar langit sekitar 600 meter juga sedang dibina di China dan India.

p/s : Kiamat semakin dekat... 

Sumber : Here

19 comments:

  1. em kiamat dah hampir

    ReplyDelete
  2. Bodoh....TIngi2 bangunan kalo taraf idop naik wat ape...Bangang org kaya2,yg miskin mkin bangsat..

    ReplyDelete
  3. apa kaitan bangunan tinggi dgn kiamat ?

    ReplyDelete
  4. malaysia bukan negara kasta...kalau miskin, usaha jd kaya..ingat lima perkara sebelum lima perkara...

    kalau negara kasta...kalau family kau miskin,kau akan mewarisi kemiskinan itu..kalau family petani, petani la yg jadi...

    itu sebab org suruh belajar rajin2...ini tidak...buang masa byk..

    ReplyDelete
  5. ala potong ja la bangunan no dua kan senang

    ReplyDelete
  6. takkan taktau tanda kiamat . ramai orang berlumba lumba bina pencakar langit . tu antara tanda tanda kecil kiamat

    ReplyDelete
  7. Anon 1641..bangng x tau tnda2 kiamat..antara tnda2 kiamat adlh orng brlumba2 nk buat bngnn pncakr lngit..

    ReplyDelete
  8. Bodoh tul lah anon 1641 tu... Tanda2 kecil kiamat pun tak tahu...

    ReplyDelete
  9. apa masalahnya kiamat? hehehehe
    dah memang nak jadi pun... dok ulang2 tanda2 kecil bila ada berita pasal bangunan tinggi.. mmg iya pun tanda tu.. so nak hentikan pembinaan bangunan tinggi supaya dapat 'melambatkan kiamat'..?
    bek korang fikir kiamat kecil la.. takde tanda2nyer..silap2 jap lagi je jadi.

    ReplyDelete
  10. setuju anon atas aku.. aku pun dah muak jer asyik dgr ayat cliche ' bina bgnn tggi = kiamat'.. lama2 org takut nak bina bgnn tinggi. tapi ok la jugak.. cuma bagi peringatan jer.

    ReplyDelete
  11. wat pe membazir wat bangunan tinggi2??ada faedah ker??KL bertambah jem lg ada la....baik duit tu wat jalan nk elak kan jem lagi bagus....

    ReplyDelete
  12. janji diLANCAPi!

    ReplyDelete
  13. Baik beli bas mewah 2 tingkat ade kerusi urut..

    ReplyDelete
  14. Asal citer bangunan tinggi jer kiamat..
    Bangunan tinggi ke apeke tu tanda2 kecil nk kiamat
    Maknanya peringatan sesama islam utk insaf dan taubat selagi terbuka...

    ReplyDelete
  15. Beli bas mewah 2 tingkat utk penasihat ekonomi yg x buat keje pon...
    Jln sana sini..kutuk2 kerajaan ade bas mewah die pon ade sepesen
    Siap muka beso tampal
    Pastu ade org bodo lak nk pi simbah cat 3kali berturut2 tanpa gagal!
    Bodyguard ade poyo2 pkai pistol...nmpk sgt drama swasta!

    ReplyDelete
  16. Alahai..abis lg le duit sabah & swak ni nk tlg bina bgnan tggi2 kt semenanjung nun..

    ReplyDelete
  17. bangunan tinggi = kiamat
    hehehehehehe ayat melayu yg diulang2 setiap kali nampak pembinaan bangunan tinggi

    ReplyDelete
  18. Ramai yg buta fakta bila menulis. Pakai duit rakyatlah, buat jalan lagi baiklah, duit org sabah dan sarawaklah dan mcm2 lagi. Walhal yg buat bangunan tu adalah PNB. Duit pelabor2 yg melabur dalam ASB, ASN, Amanah Saham Wawasan dll. Bukan duit kerajaan. Pelabur mahukan keuntungan bukan saja2 menabung. Apa salahnya dibuat di situ. Itu tanah PNB. Lagi pun PNB akan menaik taraf kawasan tu dan mengekalkan stadium merdeka.

    ReplyDelete