Thursday 9 August 2012

Serius : Tayar Basikal Chris Hoy Diperbuat Dari Sutera (2 Gambar)


Basikal yang digunakan atlet legenda Britain, Chris Hoy dalam perlumbaan acara keirin individu lelaki di Sukan Olimpik di sini kelmarin adalah antara faktor menyebabkan dia memenangi pingat emas dianggarkan bernilai £15,000 (RM72,824), lapor akhbar The Sun semalam.

Keistimewaan basikal itu ialah ia hanya seberat 6.8 kilogram. Hoy yang berusia 36 tahun memenangi pingat emas keduanya dalam acara keirin manakala pelumba dari Malysia, Mohd Azizulhasni Awang, 24, menduduki tempat keenam dan terakhir.

Sebelum ini, Hoy memenangi emas dalam acara berpasukan lelaki. Hoy kini dianggap legenda sukan Britain kerana dia telah memenangi enam pingat emas dalam Sukan Olimpik.

“Basikal itu lebih ringan daripada basikal yang terdapat di jalan raya. Anda boleh mengangkat basikal itu dengan hanya menggunakan sebatang jari,” kata Hoy.

Kejayaan dalam penciptaan basikal lumba itu menyebabkan pasukan lumba basikal Perancis menjadi cemburu. Menurut akhbar dalam talian MainOnline, rangka basikal itu diperbuat daripada gentian karbon.

Basikal itu adalah hasil daripada idea pakar-pakar basikal dalam pertubuhan British Cycling yang beribu pejabat di Manchester. Tayar basikal Hoy diperbuat daripada sutera yang dijahit pada bahagian dalam tiub. 

Yang paling menarik ialah Skin Suit atau baju yang dipakai oleh Hoy merupakan berharga 5 ribu Pound dan hanya dapat dipakai sekali sahaja kerana teknologi pada baju tersebut menyebabkan ia tidak boleh dibasuh.


Sumber : Here

8 comments:

  1. bile dah byk duit...membazir jer laaa

    ReplyDelete
  2. nk menang punye pasal..

    ReplyDelete
  3. jason kenny pon samo ko?

    ReplyDelete
  4. potong angin ker??..

    ReplyDelete
  5. bukan membazir. ini dinamakan investment ke arah positive. kalau nak kira membazir baik simpan je duit tu smpai cucu cicit.

    ReplyDelete
  6. kiranya..azizulhasni kalah pun xla malu sgt...jauh berbeza teknologi yg digunakan ...

    ReplyDelete
  7. Tapi dia punya speed 126km/sejam, tak laju ke lagi?

    ReplyDelete