Saturday 4 August 2012

Serius : Aiskrim Baskin Robbins Percuma Jika Malaysia Menang Emas Olimpik


Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins akan memberikan aiskrimnya secara percuma di seluruh negara.

Ianya untuk menyatakan bahawa mereka menyokong inisiatif “Impian Emas” dari Media Prima Bhd.

Aiskrim ini akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam.

Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim.

“Menjadi hasrat Media Prima untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam satu suara bagi menyorak jagoan Olimpik kita,” kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Media Prima.

Ini merupakan kali pertama Baskin-Robbins menyertai aktiviti sedemikian di Malaysia bagi meraikan saat bersejarah seumpama itu di negara ini.

Ia juga merupkan sumbangan terbesar Baskin-Robbins kerana ia melibatkan hampir semua kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh Malaysia.

Pelanggan boleh memilih daripada mana-mana 31 perisa yang tersedia. Pilihan terbaik yang melambangkan detik penting ini ialah perisa Gold Medal Ribbon dan World Class Chocolate.

Mari kita sama-sama doakan kejayaan Malaysia.

p/s : Satu scoop pun cukuplah.. tempat yang takde baskin robbins tu, beli je la eskrem pop patah dua. hoho.. 

Sumber : Here

10 comments:

  1. 1st time aku tgok nih...

    ReplyDelete
  2. ahaha baskin robbin dekat terengganu kat mana ek??

    ReplyDelete
  3. kat ipoh ape lagi kinta city arr hahahaha

    ReplyDelete
  4. rakyat malaysia ni kena umpan makan ice cream percuma.... dpt menang emas makan ice cream...
    nmpk sangat lah rakyat malaysia ni kena diperbodohkan....

    ReplyDelete
  5. Anon 10:52...ko jeles tpat ko xde bskin robin kan..namoak sangat..

    ReplyDelete
  6. betul2.. sakit hati tgk org lain dpt makan free... die dpt makan hati preee... lol

    ReplyDelete
  7. urgggghhhhhhh......xdo....kepunnan!!!mkn ais krim 10sen gamakny...

    ReplyDelete
  8. makan ais mkrim giant je..99sen hahaha

    ReplyDelete
  9. kahkah kempunan rakyat malaysia

    ReplyDelete
  10. hahahaaaa.... :D .... mana aiskrim free tu...? pasal aiskrim pun nak bgaduh... skang apa dapat....?

    ReplyDelete